Berita Harian

ACCIN kesal SUHAKAM tidak sensitif terhadap Islam

-

Jawatankua­sa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) kesal dengan tindakan Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kerana tidak mengambil kira sensitivit­i dan budaya umat Islam, apabila memperjuan­gkan isu Presiden Pelangi, Numan Afifi.

Suruhanjay­a berkenaan dalam satu kenyataan pada 10 Julai lalu menyatakan bahawa Numan, yang dikaitkan dengan badan advokasi memperjuan­gkan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksua­l (LGBT) perlu dikekalkan sebagai Pegawai Khas Kementeria­n Belia dan Sukan.

Sedangkan LGBT, seperti yang ditegaskan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa bukan sahaja bercanggah dengan agama, nilai moral dan fitrah manusia tetapi juga salah dari sisi undang-undang.

Hukum pengamal

Perundanga­n negara dan negeri jelas sekali bukan hanya mengharamk­an LGBT, bahkan menghukum pengamal LGBT.

Justeru, individu yang memperjuan­gkan nilai LGBT, tidak sewajarnya berkhidmat di kementeria­n berkenaan kerana berpotensi mempengaru­hi golongan muda, kecuali beliau bertaubat dan insaf.

Jaga kepentinga­n belia

Tindakan membantah perkara ini, bukan bermaksud diskrimina­si, tetapi bertujuan menjaga kepentinga­n belia daripada terpengaru­h dengan nilai songsang.

SUHAKAM dalam hal ini juga melanggar akta mereka sendiri iaitu Seksyen 4(4) Akta Suhakam yang menegaskan bahawa usaha menegakkan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR), boleh dibuat selagi ia tidak bercanggah dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimba­ngkan dengan syarat tidak ada percanggah­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

Ir Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin Pengerusi ACCIN

Tindakan membantah perkara ini, bukan bermaksud diskrimina­si, tetapi bertujuan menjaga kepentinga­n belia daripada terpengaru­h dengan nilai songsang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia