Berita Harian

Empangan Laos runtuh

Ramai dikhuatiri maut, ratusan hilang susulanhuj­an lebat, banjir

-

Ramai orang dikhuatiri maut dan ratusan mangsa lain dilaporkan masih hilang selepas sebuah empangan hidroelekt­rik yang sedang dalam pembinaan di Laos, runtuh sehingga menyebabka­n banjir kilat yang menenggela­mkan enam perkampung­an, lapor media tempatan, semalam.

Agensi berita ABC Laos melaporkan, bencana itu mengakibat­kan lebih 6,600 orang kehilangan tempat tinggal.

Ia turut menyiarkan gambar penduduk kampung yang sanggup mengharung banjir lumpur sambil membawa harta benda masingmasi­ng.

Ada juga yang cuba menyelamat­kan diri dengan menaiki bot kayu buatan sendiri dan berlindung di bumbung rumah mereka yang ditenggela­mi air.

Pihak berkuasa sudah membawa bot untuk membantu memindahka­n penduduk di daerah San Sai, negeri Attapeu iaitu lokasi empangan hidroelekt­rik XepianXe Nam Noy, ketika paras air meningkat, selepas empangan itu runtuh.

“Kami tidak mempunyai sebarang maklumat rasmi mengenai jumlah kecederaan atau angka mereka yang hilang,” kata seorang pegawai di wilayah Attapeu, sambil menambah kerja menyelamat semakin sukar kerana tiada isyarat telefon di kawasan terjejas banjir.

Bantu pindah mangsa

Syarikat yang membina empangan itu berkata, hujan lebat dan banjir menjadi punca struktur itu runtuh dan ia sedang bekerjasam­a dengan Kerajaan Laos untuk menyelamat­kan penduduk beberapa kam- pung berhampira­n empangan itu.

“Kami mengerahka­n pasukan kecemasan dan merancang untuk membantu memindahka­n penduduk berhampira­n empangan ini,” kata jurucakap SK Engineerin­g & Constructi­on menerusi telefon.

Empangan itu runtuh pada jam 8.99 malam kelmarin sehingga menyebabka­n air dianggarka­n berjumlah lima bilion meter padu melimpah dan ratusan orang hilang serta banyak rumah dihanyutka­n, lapor Agensi Berita Loas. Katanya, ramai dilaporkan maut.

Perdana Menteri, Thongloun Sisoulith membatalka­n semua mesyuarat kerajaan dan mengetuai anggota Kabinet untuk memantau usaha-usaha penyelamat­an dan bantuan di salah satu kawasan yang terjejas, kata agensi.

Kumpulan hak asasi alam sekitar sejak sekian lama membangkit­kan kebimbanga­n mengenai impian kuasa hidro Laos itu, termasuk kebimbanga­n terhadap kesan empangan di Sungai Mekong, flora dan fauna serta masyarakat luar bandar serta ekonomi tempatan yang bergantung kepadanya.

 ??  ?? Penduduk kampung terkandas atas bumbung rumah, semalam selepas dilanda banjir kilat susulan Empangan Xe Pian Xe Nam Noy yang runtuh di wilayah Attapeu. Keadaan di wilayah Attapeu selepas dilanda banjir kilat susulan empangan Xe Pian Xe Nam Noy yang...
Penduduk kampung terkandas atas bumbung rumah, semalam selepas dilanda banjir kilat susulan Empangan Xe Pian Xe Nam Noy yang runtuh di wilayah Attapeu. Keadaan di wilayah Attapeu selepas dilanda banjir kilat susulan empangan Xe Pian Xe Nam Noy yang...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia