Berita Harian

Israel buka semula laluan Kerem Shalom

-

Baitulmaqd­is: Israel membuka semula sebahagian daripada laluan khusus membawa barangan di Tebing Gaza, semalam yang sebelum ini ditutup sejak 9 Julai lalu.

Berdasarka­n kenyataan Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman, laluan berkenaan ditutup berikutan ketegangan di sempadan susulan daripada penggunaan layang-layang dan belon membawa bom api merentasi sempadan bagi membakar ladang milik Israel.

“Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman memutuskan bahawa Kerem Shalom akan dibuka semula sebahagian­nya dan bermula jam 12 malam hari ini (semalam), pemindahan gas dan bahan api ke Tebing Gaza boleh dilakukan, selain makanan dan ubatubatan,” kata kenyataan dari kementeria­n pertahanan.

Kenyataan itu turut memaklumka­n bahawa kejadian layang-layang dan belon membawa bom api memasuki wilayah Israel sekarang sudah berkuranga­n walaupun tidak dihentikan sama sekali.

Belon api dihentikan

Ia turut memberi jaminan laluan terbabit mungkin dibuka keseluruha­nnya dalam masa terdekat sekiranya pelancaran belon api dan ketegangan di sempadan dapat dihentikan sama sekali.

Regim Israel mendakwa serangan itu mengakibat­kan ratusan kebakaran dan kerugian ratusan ribu dolar sejak April lalu manakala penduduk Palestin di Gaza melihatnya sebagai pemberonta­kan yang sah terhadap sekatan lebih 10 tahun yang dikuatkuas­a Israel.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia