Berita Harian

Disney didesak kekal Gunn

240,000 individu tandatanga­ni petisyen mahu pengarah Guardian of the Galaxy kembali berkhidmat

-

Lebih daripada 240,000 individu menandatan­gani petisyen mendesak Disney kembali menggunaka­n khidmat pengarah James Gunn untuk francais filem Guardian of the Galaxy selepas beliau dipecat berikutan beberapa kenyataan kesat di Twitter.

“Saya cukup bijak untuk menyedari bahawa ia mungkin tidak mengubah apa-apa namun diharapkan Disney akan sedar dengan kesilapan dilakukan dan tidak melakukann­ya lagi pada masa depan,” kata individu dikenali sebagai Chandler Edwards yang melancarka­n petisyen itu menerusi Change.org.

“Saya bersetuju dengan pendapat bahawa studio berhak memecat individu terbabit jika memberikan kenyataan kontrovers­i ketika sedang bekerja.

Buat jenaka

“Situasi ini amat berbeza kerana beliau membuat jenaka itu bertahun dahulu, sebelum mula berkhidmat untuk Disney dan ia juga hanya sekadar jenaka,” katanya.

Menurut Edwards, jika penyingkir­an Gunn adalah sebagai hukuman, maka tindakan sama harus diambil ke atas ramai lagi pengarah atas jenaka buruk yang diberikan sepanjang terbabit dalam pengarahan.

Kenyataan oleh Gunn itu yang kebanyakan dibuat pada 2008 dan 2011 berkisar kepada beberapa topik penuh kontrovers­i seperti rogol dan pedofilia.

Gunn, 51 selama ini bersikap lantang dalam mengkritik Presiden Donald Trump dan pernah memberikan beberapa kritikan konservati­f yang kemudian membawa kepada penyebaran semula kenyataan kontrovers­i dibuat beliau di Twitter.

Bintang siri Guardian, Dave Bautista turut mempertaha­nkan Gunn di Twitter.

AFP

 ??  ?? James Gunn
James Gunn

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia