Berita Harian

Perenang kena gantung 14 bulan

-

Los Angeles: Pemenang emas Olimpik Rio, Ryan Lochte digantung 14 bulan akibat melanggar peraturan anti-doping, kata Agensi Anti-doping Amerika Syarikat (USADA).

Walaupun USADA mengatakan Lochte tidak mengambil sebarang bahan larangan, tetapi atlet hanya boleh menerima penerapan intravena (IV) ketika rawatan di hospital atau ada pengecuali­an.

“Saya tidak ambil bahan yang dilarang. Semuanya dibenarkan. Anda boleh mendapatka­nnya di CVS, Walgreens, tetapi ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi,” kata Lochte.

Perenang 33 tahun Amerika Syarikat itu memuat naik gambarnya menerima IV di media sosial pada Mei yang menyebabka­n USADA membuka siasatan dan Lochte dikatakan memberikan kerjasama penuh.

Ramai tak tahu

“Lochte mengambil bahan yang dibenarkan menerusi penerapan intravena pada jumlah melebihi 100ml dalam tempoh 12 jam tanpa Pengecuali­an Penggunaan Terapeutik (TUE),” kata USADA dalam satu kenyataan.

Penggantun­gan Lochte bermula pada 24 Mei, tarikh dia menerima rawatan yang menurutnya sebagai langkah berjaga-jaga selepas isteri dan anaknya jatuh sakit.

“Saya tidak pernah mengambil bahan terlarang atau cuba mendapatka­n kelebihan di dalam pertanding­an dengan meletakkan sesuatu yang menyalahi peraturan di dalam badan saya,” kata Lochte.

“Saya tidak akan sesekali melanggar peraturan anti-doping. Malangnya peraturan yang ini masih baru dan tidak ramai yang tahu, saya sepatutnya ambil tahu.”

Pada tahun 2016, Lochte pernah digantung 10 bulan selepas membuat laporan palsu mendakwa dia dan tiga perenang lain dirompak ketika Olimpik Rio.

 ??  ?? Ryan Lochte
Ryan Lochte

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia