Berita Harian

Terbuka British lonjak ranking Molinari

Woods kini berganjak 21 tangga untuk kembali ke kelompok 50 terbaik dunia

-

Juara baharu Terbuka British Francesco Molinari (gambar) melonjak ke ranking terbaik kariernya di tangga keenam dunia, manakala juara major 14 kal,i Tiger Woods kembali menyertai kelompok 50 terbaik.

Molinari muncul pemain Itali pertama dalam sejarah memenangi salah satu daripada empat kejohanan major di Carnoustie Ahad lalu, dan melonjak sembilan anak tangga untuk kini mendahului senarai pungutan mata Piala Ryder Eropah.

Dahului pungutan mata

Pemain 35 tahun itu memulakan kempen tahun ini di luar kelompok 20 terbaik, tetapi prestasi baiknya menyaksika­n kemenangan dicatat dalam Kejuaraan PGA Eropah serta Quicken Loans National.

Woods yang bergelut dengan kecederaan belakang, berada di luar kelompok 1,000 dunia sebelum kepulangan terbaru akhir tahun lalu, tetapi melonjak 21 anak tangga ke tangga ke-50 selepas terikat di tempat keenam di Terbuka British.

Woods tercicir

Bintang dari Amerika Syarikat itu perlu menyertai kelompok 50 terbaik bagi melayakkan diri ke Jemputan Bridgeston­e WGC yang akan di adakan di Firestone, Ohio bulan depan – kejohanan yang pernah dimenangin­ya sebanyak lapan kali.

Pemain 42 tahun itu berpeluang memenangi major pertamanya selepas 10 tahun, tetapi tercicir sebaik memasuki sembilan lubang terakhir permainan di Carnoustie, Scotland tempoh hari.

Dustin Johnson kekal di tangga teratas dunia manakala Justin Rose dari England di tangga kedua selepas terikat dengan tiga pemain lain di tempat kedua Terbuka British. Justin Thomas turun satu anak tangga di kedudukan ketiga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia