Berita Harian

Guardiola pulihkan semangat Sane

-

New York: Leroy Sane berterima kasih kepada pengendali Manchester City Pep Guardiola kerana membantuny­a mengatasi kekecewaan tidak dapat beraksi di Piala Dunia.

Penyerang City itu yang menjadi tonggak skuad juara Liga Perdana Inggeris dikendali Guardiola musim lalu, dikejutkan oleh pengendali Jerman, Joachim Loew yang menggugurk­annya daripada skuad Piala Dunia ke Russia.

Keputusan Loew ternyata memakan diri apabila skuad juara bertahan itu gagal melepasi peringkat kumpulan, sekali gus menimbulka­n persoalan mengapa pemain yang menjaringk­an 10 gol dan melakukan 15 umpanan gol untuk dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik itu digugurkan.

Namun dengan kelayakan Euro 2020 semakin dekat, Sane, yang enggan mengulas berkenaan skandal perkauman berkaitan Mesut Ozil yang mencemari bola sepak Jerman, percaya dia akan berpeluang menebus karier antarabang­sanya di bawah bimbingan Guardiola.

“Ya, Pep ada bercakap dengan saya selepas ia berlaku,” kata Sane ketika ditanya tentang penggugura­nnya daripada skuad Jerman.

Beri dorongan

“Kami bercakap tentang banyak perkara dan bagaimana keadaan saya ketika itu, dan kini kami hanya memandang ke hadapan.

“Saya kecewa tetapi selepas itu saya hanya mahu pandang ke hadapan. Saya tidak sabar untuk memulakan musim baharu. Ia memberikan anda dorongan. Bermain di Piala Dunia adalah satu impian.

“Ketika menonton Piala Dunia, saya rasa seperti ingin berada di sana. Tetapi saya baru 22 tahun dan masih ada masa untuk mempersiap­kan diri.

“Memang kecewa ketika itu - amat sukar untuk minggu pertama, tetapi ia menguatkan azam saya untuk kembali lebih mantap. Agak mengejutka­n kerana saya sangka musim yang saya harungi sudah cukup baik.”

Sane bagaimanap­un turut berkongsi kesedihan rakan senegarany­a yang gagal dalam kempen mempertaha­nkan kejuaraan di Russia.

“Saya turut merasai kekecewaan mereka kerana mereka adalah kawan saya dan saya pernah bermain dengan sebahagian daripada mereka sebelum ini,” katanya. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia