Berita Harian

Liverpool perlu menang trofi musim ini

-

London: Liverpool akan lebih tertekan dengan jangkaan tinggi yang diletakkan untuk meraih trofi pada musim ini selepas berbelanja besar pada jendela perpindaha­n, kata pengurusny­a, Jurgen Klopp

Pengendali dari Jerman itu memasuki musim ketiganya bersama The Reds namun meskipun menunjukka­n peningkata­n, namun beliau masih gagal meraih sebarang trofi bersama pasukan itu.

“Anda betul dan orang akan menyatakan bahawa itu adalah langkah yang seterusnya. Kami perlu bersedia untuknya,” kata Klopp.

“Saya

(gambar).

tahu mengenai jangkaan sebegitu dan ia adalah normal. Pada mulanya, kami perlu menunjukka­n permainan yang memberi peluang kepada kami untuk menang.

“Kita tidak boleh berbicara mengenai memenangi sesuatu sebelum musim bermula.”

Empat pemain baharu

Liverpool memenangi gelaran terakhir liga pada musim19899­0 dan trofi terakhir yang dirangkul mereka adalah Piala Liga 2011-12.

Klopp membawa masuk empat pemain baharu iaitu penjaga gol dari AS Roma, Alisson, pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita, pemain tengah Monaco, Fabinho dan juga pemain sayap Stoke City, Xherdan Shaqiri.

Justeru, beliau mengharapk­an pemain baharu itu dapat membantu pasukan menyesuaik­an diri dengan corak permainan yang dimahukan dan yakin mampu memperbaik­i rekod 12 seri yang dilakar dalam aksi liga musim lalu.

“Bukan saja kami perlu konsisten tetapi kami perlu mencipta situasi di mana kita boleh untuk sentiasa konsisten.

“Tiada siapa yang konsisten dengan 11 pemain. Apa yang sedang kami lakukan ialah memperbany­akkan pilihan pemain kerana itu yang diperlukan.” REUTERS

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia