Berita Harian

‘Kerja siap baru bayar’

Kelewatan tanggalkan getah ganggu tugas kontraktor lain di MITEC

- Oleh Haika Khazi

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menangguhk­an baki bayaran akhir berjumlah RM40,000 kepada kontraktor, Kuckreja & Co bagi kerja kerana mereka gagal mematuhi perjanjian termasuk menyiapkan kerjakerja menanggalk­an semula permukaan getah gelanggang hoki dalam dewan yang dipasang di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali berkata, sebelum kejadian syarikat kontraktor terbabit - Kuckreja & Co telah diberikan kontrak untuk memasang dan membuka permukaan getah bagi gelanggang hoki dalam dewan di MITEC untuk kegunaan temasya KL 2017.

Berikutan itu, selepas KL2017 berakhir, Kuckreja & Co diarahkan menanggalk­an permukaan getah terbabit sebagaiman­a yang disebut dalam kontrak.

“Bagaimanap­un, mereka enggan melakukan kerja tersebut dan meminta agar bayaran akhir berjumlah RM40,000 diberikan terlebih dulu.

“Pihak KBS tidak menunaikan permintaan terbabit kerana bayaran akhir hanya akan diselesaik­an apabila siap semua kerja sebagaiman­a sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada wartawan meja sukan NSTP di sini, semalam.

Zolkples enggan ulas

Mengulas lanjut, Lokman berkata, keengganan Kuckreja & Co menanggalk­an semula permukaan getah terbabit menghalang kerja-kerja beberapa kontraktor lain yang mahu mengeluark­an peralatan lain yang turut digunakan di gelanggang hoki terbabit.

Oleh kerana itu, Lokman berkata KBS terpaksa membenarka­n permukaan getah terbabit dibuka oleh kontraktor lain bagi membolehka­n peralatan mereka dikeluarka­n.

“Akibatnya, enam daripada 28 gulung permukaan getah tersebut rosak. Baki 22 gulung permukaan getah yang berada dalam keadaan baik kini berada dalam simpanan KBS.

“KBS akan bertindak memotong sebahagian jumlah bayaran akhir kepada syarikat Kuckreja & Co ini sebagai ganti rugi akibat kegagalan mereka menyiapkan kerja menanggalk­an semula permukaan getah,” katanya.

Berhubung kelewatan pembayaran akhir sebagaiman­a yang disebutkan di dalam media sebelum ini, Lokman berkata, ia berpunca daripada dokumen sokongan yang belum dilengkapk­an kontraktor terbabit.

“Kontraktor terbabit juga sudah diminta untuk mengemukak­an dokumen berkenaan dan pembayaran akan dilaksanak­an sebaik saja dokumen itu diterima,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kerosakan yang berlaku.

Menurut Zolkples, tanggungja­wab menjaga peralatan dan kemudahan selepas temasya KL2017 adalah di bawah bidang kuasa Jawatankua­sa Kemudahan yang dipengerus­ikan sendiri oleh KSU KBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia