Berita Harian

MAKAF sasar lima pingat Sukan Asia

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Persekutua­n Karate Malaysia (MAKAF) meletakkan sasaran untuk membawa pulang lima pingat dari Sukan Asia di Indonesia bulan depan.

Setiausaha Agungnya, Vincent Chen menjelaska­n mereka menghantar enam atlet ke Indonesia dengan sandaran utama meraih emas kepada pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan.

Berdasarka­n ranking dunia

“Sasaran lima pingat kita adalah berdasarka­n rekod dan kedudukan ranking dunia atlet. Selain itu prestasi sejak lima hingga 10 bulan lalu menjadi ukuran,” jelasnya selepas mesyuarat bersama CDM Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Ditanya mengenai perkembang­an terkini Syakilla yang dilaporkan berdepan isu berat badan, beliau menjelaska­n program atlet berkenaan sedang berjalan lancar.

“Saya gembira dengan perkembang­annya beberapa hari lalu. Kita boleh jangkakan dia akan kembali seperti dulu,” katanya.

Senthil digugurkan

MAKAF bagaimanap­un terpaksa menggugurk­an S Senthil Kumaran kerana kecederaan di kepala di Kejohanan Karate Asia (AKF) di Jordan, dua minggu lalu.

Selain Syakilla yang bersaing dalam kumite bawah 55 kilogram (kg), lima atlet lain adalah S Prem Kumar (kumite bawah 60kg), R Sharmendra­n (kumite bawah 75kg),p Madhuri (kumite bawah 50kg), Lim Chee Wei (kata individu) dan Celine Lee Xin Yi (kata individu).

 ??  ?? Syakilla Salni Jefry Krisnan
Syakilla Salni Jefry Krisnan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia