Berita Harian

ASUM relakan perpisahan Paul

- Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Biarpun berat untuk melepaskan jurulatih renang negara, Paul Birmingham namun Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) tidak boleh mementingk­an diri.

Setiausaha Agung ASUM, Mae Chen berkata, perbincang­an dari hati ke hati sudah dilakukan bersama Birmingham dan ASUM terpaksa melepaskan beliau selepas 10 tahun bersama skuad renang kebangsaan.

Menurut Mae, Birmingham memaklumka­n perkara ini beberapa bulan lalu dengan surat peletakan jawatan diserahkan kepada ASUM awal Jun lalu dan tugas terakhirny­a pada Sukan Asia Indonesia bulan depan.

“Sudah pasti kita akan merasa kehilangan Paul, tapi ASUM tidak boleh pentingkan diri apabila beliau memaklumka­n mendapat tawaran lebih baik.

“Ia sesuatu yang bagus untuk melebarkan sayap demi kerjayanya,” katanya.

Sepanjang 10 tahun bersama skuad renang negara, Birmingham berjaya membantu skuad renang negara dengan melahirkan bakat seperti Daniel Bego yang pernah menyumbang­kan lima emas ketika Sukan SEA Laos, Khoo Cai Lin, Siow Yi Ting selain Phee Jing En dan Welson Sim.

Jurulatih contoh

Antara kejayaan paling membanggak­an Birmingham adalah membimbing Welson sehingga layak ke temasya Olimpik Rio atas tiket kategori A dalam acara 200 dan 400 meter.

“Terima kasih Paul. Beliau seorang jurulatih yang bagus dan tidak dinafikan beliau banyak membantu perenang negara.

“Beliau adalah contoh jurulatih yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi selain banyak memberi motivasi kepada atlet dan hasilnya banyak rekod baru berjaya dicipta,” katanya.

Pada perkembang­an yang sama Mae turut memaklumka­n bahawa ASUM sudah mengeluark­an iklan jawatan kosong bagi mengisi kekosongan yang ditinggalk­an oleh Birmingham di dalam laman web rasmi FINA, Persatuan Renang Amerika Syarikat selain Persatuan Renang Australia yang mana ASUM berharap jawatan itu akan dapat diisi sebelum atlet ke Sukan SEA Filipina.

 ??  ?? Paul Birmingham (kanan) bersama perenang negara, Welson Sim Wee Sheng.
Paul Birmingham (kanan) bersama perenang negara, Welson Sim Wee Sheng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia