Berita Harian

Chong Wei hidap semput

Doktor arahkan berehat sebulan untuk pulih

- Oleh Helmi Talkah

Jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei sah tidak akan beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia dan Sukan Asia 2018 selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksika­n

(gambar)

dia terpaksa berehat selama sebulan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengesahka­n perkara itu menerusi satu kenyataan media, semalam, berkata doktor menasihatk­annya agar berehat dan menjalani rawatan bagi proses pemulihan.

“Chong Wei memaklumka­n kepada BAM yang dia tidak sihat dan mengalami masalah pernafasan. Doktornya menasihatk­an untuk dia berehat dan menjalani rawatan.

“Buat masa sekarang, dia tidak dapat menjalani latihan fizikal secara intensif untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan. Untuk itu, BAM membuat keputusan menarik penyertaan Chong Wei pada Kejohanan Badminton Dunia yang dijadual bermula 30 Julai hingga 5 Ogos serta Sukan Asia bermula 19 hingga 28 Ogos.

Doa cepat sembuh

“Sepanjang tempoh pemulihan, kami minta orang ramai dan pihak media memberi ruang kepada Chong Wei dan keluargany­a. Kami mendoakan agar dia cepat sembuh dan kembali menjalani latihan,” kata kenyataan itu.

Semalam, Meja Sukan NSTP melaporkan, Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia kemungkina­n besar menarik diri daripada menyertai Kejohanan Dunia selepas tidak turun menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara sejak seminggu lalu.

Dia dilaporkan jatuh sakit sebaik pulang dari Jakarta yang menyaksika­n dia terkandas di separuh akhir susulan kekalahan di tangan bintang muda Jepun, Kento Momota pada 7 Julai lalu.

Seminggu sebelum itu, Chong Wei cemerlang apabila merangkul gelaran ke-12 Terbuka Malaysia selepas menewaskan Momota dalam aksi final.

Kali terakhir, Chong Wei ketika dihubungi bagi mendapatka­n reaksinya berhubung undian Kejohanan Dunia adalah pada Rabu minggu lalu yang mana dia mengakui masih berehat di rumah dan tidak turun menjalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia