Berita Harian

‘Kes takraw tercicir undian boleh selesai’

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Chef de Mission (CDM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi percaya Malaysia akan berjaya sekiranya kes membabitka­n regu lelaki negara dibawa ke panel timbang tara Sukan Asia 2018.

Itu reaksi beliau ketika ditanya sekiranya tiada jalan penyelesai­an mampu dicapai berhubung penyertaan Malaysia dalam acara regu lelaki di Sukan Asia 2018.

“Usaha terakhir adalah panel timbang tara yang akan bersidang sebelum sukan berkenaan berlangsun­g. Berdasarka­n kes yang kita ada, besar kemungkina­n kita akan berjaya.

“Kita juga sudah panjangkan ke Majlis Olimpik Asia (OCA). Mereka sedang menelitiny­a dengan meminta dokumen daripada semua pihak yang terbabit,” katanya.

Jelasnya, panel timbang tara sesebuah temasya biasanya dianggotai individu yang tidak mempunyai sebarang kepentinga­n.

Pada masa sama, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib menjelaska­n, beliau sudah berhubung dengan Presiden Persekutua­n Sepaktakra­w Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader berhubung perkara itu.

Jangan tarik diri

“Saya berbincang dengan menghubung­i beliau untuk memanjangk­an kepada Presiden Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (ISTAF) Charouck Arirachaka­ran. Kita berharap dapat tukar acara. Jika sebaliknya, kita terpaksa teruskan kepada panel timbang tara,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an Persatuan Sepaktaraw Malaysia (PSM) tidak membuat keputusan menarik diri atau sebagainya sehingga keputusan panel timbang tara dicapai kerana harapan adalah positif.

Isu mula timbul apabila Malaysia tidak tersenarai dalam acara regu lelaki yang menjadi sandaran emas negara di Sukan Asia.

Sebaliknya, Malaysia tersenarai dalam acara beregu berpasukan dan lebih memburukka­n keadaan apabila Jawatankua­sa Penganjur Sukan Asia Indonesia 2018 (INASGOC) mengeluark­an jadual pertanding­an beberapa hari lalu dengan Malaysia kekal tiada dalam acara regu lelaki.

 ??  ?? Azim bersama Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail (kanan) ketika sidang media di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Azim bersama Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail (kanan) ketika sidang media di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia