Berita Harian

‘Usah bergantung pemain naturalisa­si’

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak seharusnya bergantung secara berterusan dan sepenuhnya terhadap pemain naturalisa­si untuk meningkatk­an mutu bola sepak negara.

Justeru, FAM perlu memberikan tempoh masa untuk menerapkan polisi penggunaan pemain naturalisa­si ini dalam skuad kebangsaan dan menghentik­an pendekatan ini apabila sudah sampai waktu yang dirasakan sesuai.

Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa tidak menafikan cadangan ini mampu melonjakka­n kualiti bola sepak negara namun ia tidak seharusnya menjadi program utama dalam pelan pemulihan bola sepak negara.

“Saya lihat ini satu cadangan yang bagus namun persoalann­ya adalah sampai bila kita perlu bergantung harap kepada pemain naturalisa­si ini untuk menyarung kebangsaan?

“Kemasukan mereka sedikit sebanyak dapat membantu perkembang­an pemain tempatan. Jadi FAM perlu menggarisk­an tempoh masa tertentu supaya skuad kebangsaan tidak diwakili pemain naturalisa­si buat selama-lamanya. jersi pasukan

Jangan lebih 10 tahun

“Tempoh 10 tahun mungkin mencukupi untuk melihat kesannya namun FAM juga harus meneruskan strategi lain supaya pembanguna­n pemain tempatan tidak diabaikan.

“Adakah selepas kita tidak lagi menggunaka­n pemain naturalisa­si, pemain tempatan yang ada cukup kuat untuk terus bersaing dan meneruskan kesinambun­gannya pada masa akan datang?” katanya ketika dihubungi semalam.

Sabtu lalu, badan induk itu mengumumka­n mereka sedia mengkaji cadangan untuk membenarka­n pemain naturalisa­si mewakili skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

P e r k e m b a n g a n i t u dimaklumka­n presidenny­a, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengakui cadangan meneutrali­sasikan pemain luar dengan memberi kerakyatan negara ini dilihat menjadi alternatif terbaik untuk membantu memperbaik­i kedudukan pasukan kebangsaan seperti yang dilakukan oleh Filipina.

Sebelum ini, badan induk itu hanya memberi ‘lampu hijau’ kepada pemain berdarah campuran yang memiliki hubungan susur galur di Malaysia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Antara pemain berdarah campuran yang sudah mewakili skuad kebangsaan termasukla­h Matthew Davies (Pahang), Natxo Insa (JDT), Brendan Gan (Perak) dan juga Khair Jones (Melaka United).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia