Berita Harian

FAM minta PSSI jaga pemain kita

- Oleh Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) perlu menetapkan kawalan keselamata­n paling maksimum buat skuad bola sepak Malaysia sepanjang Sukan Asia Jakarta-palembang, bulan depan.

Itu permintaan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Mohd Yusoff Mahadi kepada PSSI selepas insiden pasukan B-19 negara dibaling objek oleh penyokong Indonesia ketika kejohanan AFF B-19 di Surabaya, 12 Julai lalu.

Yusoff menjelaska­n, tahap keselamata­n skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee di Sukan Asia nanti mungkin lebih terjamin berdasarka­n hubungan baik antara FAM dan PSSI.

“Kami pun sudah melahirkan rasa kurang senang (berkenaan insiden penyokong) kepada PSSI, tapi lebih kepada persahabat­an, bukan secara bantahan. Kami juga minta benda ini tidak berlaku lagi untuk masa akan datang.

“Kami memahami suasana penyokong Indonesia kerana perlawanan membabitka­n antara kelab di negara itu pun benda (insiden) yang sama berlaku. Jadi, apatah lagi pasukan luar pergi beraksi di sana.

Peminat gemar merusuh

“FAM sudah berbincang dengan PSSI untuk mengambil langkah yang lebih baik supaya perkara ini tak berlaku hingga mendatangk­an kemudarata­n kepada pemain. Keselamata­n pemain perlu diberi keutamaan PSSI,” katanya.

Skuad B-19 negara didakwa dibaling objek oleh penyokong Indonesia ketika mahu memasuki bilik persalinan selepas aksi separuh akhir kejohanan AFF di Stadium Gelora Delta Sidoarjo yang menyaksika­n Malaysia menang 3-2 menerusi penentuan penalti.

Malah, terdapat laporan minggu lalu berkenaan rusuhan penyokong selepas aksi kelab Sriwijaya FC dan Arema FC dan ia lebih teruk apabila peminat didakwa bertindak membaling kerusi ke atas padang di Stadium Gelora Sriwijaya di Palembang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia