Berita Harian

Terengganu minat dapat khidmat nasihat Sarawak

Abang Johari sedia bincang kaedah tuntutan royalti minyak, gas daripada Kerajaan Pusat

- Oleh Mohd Roji Kawi

Kerajaan Terengganu berminat mendapatka­n khidmat nasihat Sarawak berhubung tuntutan royalti minyak dan gas daripada Kerajaan Pusat.

Perkara itu dijelaskan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pertemuan bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di kediamanny­a di Petra Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam pertemuan itu, Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi negeri, berkata mereka mengadakan perbincang­an tidak rasmi berhubung kaedah tuntutan yang perlu dilakukan.

Beliau mengakui terkejut dengan hasrat kerajaan Terengganu itu, namun bersedia untuk berbincang demi kepentinga­n bersama.

“Pada Ahad, beliau (Dr Ahmad Samsuri) menghubung­i saya dan memberitah­u beliau mahu ke sini (Kuching) dan berhasrat untuk menemui saya (kelmarin).

“Saya alualukan kehadiran beliau dan kami membincang­kan cadangan royalti minyak dan gas bagi negeri pengeluar bahan mentah itu (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei, di sini, semalam.

Abang Johari berkata, pada perbincang­an tidak rasmi itu, Dr Ahmad Samsuri mahu mendapatka­n pandangann­ya berhubung kaedah yang patut diguna pakai dalam pemberian royalti kepada negeri yang terbabit.

Pemberian royalti

“Beliau mahu mengetahui cara mana yang terbaik, royalti hasil pengeluara­n atau hasil keuntungan dan bagi saya, negeri yang sepatutnya menetapkan kaedah pemberian royalti itu.

“Sebagai negeri pengeluar, kita sepatutnya yang menetapkan­nya kerana kita adalah pemilik sumber itu bukannya pihak yang mengeluark­annya,” katanya.

Sementara itu, mengenai pendaftara­n Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menggantik­an Barisan Nasional (BN) di negeri ini, beliau berkata semua urusan berjalan lancar dan kini pihaknya hanya menunggu keputusan pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Kami berharap pendaftara­n GPS akan diluluskan pada Ogos ini nanti dan kami kini berusaha ke arah itu,” katanya.

 ??  ?? Abang Johari Abang Openg
Abang Johari Abang Openg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia