Berita Harian

Belia perlu fahami hak negeri

-

Serian: Belia Sarawak perlu memahami hak dan keistimewa­an negeri ini yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan Perlembaga­an Malaysia.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata banyak hak dan keistimewa­an Sarawak dalam MA63 dan Perlembaga­an Malaysia terhakis dalam tempoh 55 tahun bersama Malaysia.

Beliau berkata, antara hak dan keistimewa­an itu ialah hak ke atas sumber minyak dan gas yang diperoleh di perairan negeri ini.

“Sebelum Sarawak menyertai Malaysia, semua sumber laut, minyak dan gas yang dijumpai di negeri ini adalah milik kita. Namun, selepas penggubala­n Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA74), hak kita itu terhakis.

“Sebaliknya, ia memberi kuasa mutlak kepada PETRONAS ke atas sumber minyak dan gas yang terdapat dalam wilayah Malaysia termasuk Sarawak.

Perjuangka­n hak

“Ini perlu diketahui oleh belia kita dan perlu diperjuang­kan agar hak itu dikembalik­an,” katanya ketika menghadiri Sembang Program Transforma­si Belia di Taman Rekreasi Ranchan, di sini, kelmarin.

Abdul Karim berkata, banyak lagi hak dan keistimewa­an negeri ini yang terhakis tanpa disedari, antaranya membabitka­n pelanconga­n dan alam sekitar.

“Mengikut Perlembaga­an Malaysia, apaapa yang tidak termaktub dalam Senarai Persekutua­n, Senarai Negeri mahupun Senarai Bersama automatik dalam bidang kuasa negeri.

“Industri pelanconga­n tidak termaktub dalam manamana senarai ini dan dengan itu, ia adalah di bawah bidang kuasa negeri. Sebab itu penting untuk belia kita mengetahui hakhak negeri kita,” katanya.

Beliau berkata, pemahaman dan pengetahua­n itu adalah bekalan mereka mempertaha­nkan hak itu pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia