Berita Harian

Lebih banyak papan tanda di masjid

-

Kota Kinabalu: Pengurusan Masjid Bandaraya (MBR) Kota Kinabalu akan memasang lebih banyak papan tanda dalam bahasa Mandarin, Korea dan Inggeris mengenai perkara yang perlu dipatuhi di kawasan rumah ibadat itu.

Ia antara usaha mengelak berulangny­a insiden kelakuan tidak senonoh dalam kalangan pelancong asing, selain menyambut saranan kerajaan negeri supaya papan tanda pelbagai bahasa diletakkan di kawasan tumpuan pelancong, terutama rumah ibadat.

Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Jamal Sakaran, berkata pihaknya sebelum ini sudah menggunaka­n bahasa Mandarin dan Inggeris di papan tanda di pusat informasi di masjid berkenaan, namun ia akan ditambah.

“Kita akan meletakkan lebih banyak papan tanda pelbagai bahasa, termasuk bahasa Mandarin dan Korea di kawasan masjid kerana kebanyakan pelancong yang datang ke sini adalah dari negara berkenaan.

“Kita juga akan menambah papan tanda dalam bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya kepada NSTP.

Pada 27 Jun lalu, dua pelancong China, masingmasi­ng didenda RM25 oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu selepas didakwa mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana berkelakua­n tidak sopan di kawasan awam.

Dua pelancong China terbabit sebelum itu dirakam berkelakua­n tidak senonoh dengan berpakaian seksi sambil menari di tembok MBR hingga viral di media sosial.

Sementara itu, Jamal berkata, MBR masih ditutup kepada pelancong asing dan dijangka dibuka semula pada bulan depan.

Beri kefahaman pelancong

“Kita akan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha pelanconga­n dalam masa terdekat ini kerana mereka juga memainkan peranan bersama masjid untuk memberi maklumat atau taklimat kepada pelancong mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat ketika berada di masjid,” katanya.

Mengenai saranan kerajaan negeri supaya penggunaan papan tanda bahasa Manda rin dipertimba­ngkan untuk dipasang di kawasan tumpuan pelancong di negeri ini, beliau berkata, langkah itu memberi kebaikan kepada semua pihak, termasuk pengurusan masjid dan pelancong.

“Kita mengalualu­kan usaha itu kerana tidak semua pelancong, termasuk dari China boleh memahami bahasa Inggeris.

“Justeru, dengan adanya usaha ini, ia memberi manfaat kepada semua pihak berkaitan,” katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jaujan Sambakong menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tumpuan pelancong, terutama rumah ibadat sebagai panduan untuk pengunjung menjaga adab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia