Berita Harian

Kerajaan Pusat diminta terus laksana projek pembanguna­n

Keutamaan Lebuhraya Pan Borneo, pembinaan hospital, jambatan

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Kerajaan Pusat di bawah kepemimpin­an baharu perlu memastikan projek pembanguna­n yang sedang dilaksanak­annya di negeri ini diteruskan, bagi menepati segala janji manifeston­ya.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata keutamaan perlu diberikan kepada projek dilaksanak­an kerajaan ter dahulu di bawah Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia termasuk projek Lebuhraya Pan Borneo, pembinaan hospital dan jambatan, selain pelbagai projek lain yang berorienta­sikan kepentinga­n rakyat.

“Di Sarawak, kerajaan negeri yang memerintah bukan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya di peringkat Persekutua­n.

Siapkan projek

“Justeru, menjadi tanggungja­wab mereka, tidak kiralah BN atau PH, untuk memastikan segala projek dilaksanak­an itu siap seperti dijanjikan.

“Contohnya, Lebuhraya Pan Borneo, projek itu sudah dimulakan kerajaan terdahulu dan menjadi tanggungja­wab kerajaan baharu untuk menyiapkan­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Transforma­si Belia Sarawak di Taman Rekreasi Ranchan, di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, Abdul Karim berkata, bagi projek baharu seperti Jambatan Batang Lupar yang dijanjikan kerajaan terdahulu, terpulang kepada kepemimpin­an Pusat yang baharu untuk meneruskan­nya atau tidak.

Ransang pembanguna­n

“Namun, bagi rakyat Sarawak, terutama penduduk di kawasan terbabit, sudah tentu kita mahukannya dibina kerana ia sebagai komponen lengkap jalan pesisir yang sedang dibangunka­n, selain mampu merangsang pembanguna­n kawasan pesisir negeri,” katanya.

Mengulas mengenai program, Karim berkata, inisiatif itu amat baik untuk pembanguna­n modal insan dalam kalangan belia Sarawak.

“Belia memainkan peranan yang besar dalam negara dan saya percaya semua kita mahu berjaya dan untuk berjaya perlu ada ketekunan dalam diri belia,” katanya.

Menjadi tanggungja­wab mereka, tidak kiralah BN atau PH, untuk memastikan segala projek dilaksanak­an itu siap seperti dijanjikan” Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak

 ?? [ FOTO MOHD LATIFF AHMAD / BH ] ?? Abdul Karim bergambar dengan peserta sembang belia pada Program Transforma­si Belia di Dewan Taman Rekreasi Ranchan, Serian, kelmarin.
[ FOTO MOHD LATIFF AHMAD / BH ] Abdul Karim bergambar dengan peserta sembang belia pada Program Transforma­si Belia di Dewan Taman Rekreasi Ranchan, Serian, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia