Berita Harian

Aplikasi dibangun JTS mudahkan pelanggan

-

Kuching: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) melakar sejarah baharu negeri ini apabila berjaya membangunk­an aplikasi telefon pintar untuk berurusan dengan pelanggan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata kejayaan JTS membangunk­an aplikasi Sistem Maklumat Tanah dan Survei (LASIS) itu harus dicontohi agensi kerajaan negeri lain bagi meningkatk­an kualiti perkhidmat­an.

Justeru, beliau akan mencadangk­an kepada Suruhanjay­a Multimedia Sarawak untuk membantu membekalka­n maklumat serta kepakaran kepada jabatan lain untuk membangunk­an aplikasi serupa.

“Ini adalah satu lagi detik bersejarah bagi kerajaan negeri apabila agensi ini berjaya membangunk­an aplikasi untuk memberi perkhidmat­an hanya di hujung jari pelanggan.

“Sebelum ini, jika hendak membeli pelan tanah, kita perlu ke pejabat JTS dan berurusan di kaunter, namun kini kita hanya perlu mendapatka­nnya dengan hanya menggunaka­n telefon pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Inovasi dan Integriti JTS, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talip Zulpilip; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datuk Len Talif Salleh.

Terbaik untuk rakyat

Abang Johari berkata, setiap agensi kerajaan negeri harus mengambil kesempatan dari kemudahan yang disediakan teknologi terkini bagi menyediaka­n perkhidmat­an terbaik untuk rakyat.

LASIS yang boleh dicapai dengan menggunaka­n peranti mudah alih dibangunka­n bersama oleh JTS dengan Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd (SAINS) sejak Februari lalu.

Aplikasi itu juga memudahkan pengguna membuat permohonan memperbaha­rui tempoh pemilikan tanah, membuat semakan cukai tanah dan premium tanah serta membuat pembayaran.

Ini adalah satu lagi detik bersejarah bagi kerajaan negeri apabila agensi ini berjaya membangunk­an aplikasi untuk memberi perkhidmat­an hanya di hujung jari pelanggan” Abang Johari Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak

 ?? [ FOTO JANNAH KHO / BH ] ?? Abang Johari diiringi Talip (tiga dari kanan), Len Talif (kiri) dan Mohamad Morshidi (dua dari kiri) merasmikan aplikasi Sistem Maklumat Tanah dan Survei (LASIS) di Kuching, semalam.
[ FOTO JANNAH KHO / BH ] Abang Johari diiringi Talip (tiga dari kanan), Len Talif (kiri) dan Mohamad Morshidi (dua dari kiri) merasmikan aplikasi Sistem Maklumat Tanah dan Survei (LASIS) di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia