Berita Harian

Mangsa kebakaran harap pembinaan rumah dipercepat

Penempatan dijanjikan kepada penduduk Kampung Gas

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Mangsa kebakaran di Kampung Gas, di sini, berharap kerajaan mempercepa­tkan pembinaan rumah kongsi yang dijanjikan kepada mereka, barubaru ini.

Penempatan rumah kongsi itu dijanjikan kepada penduduk kampung itu selepas mereka berpindah keluar dari pusat penempatan sementara di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi.

Ibu kepada dua anak, Siti Asmidah Saprah, berkata mereka kini terpaksa menumpang di rumah saudara mara selepas tiga minggu berada di pusat pemindahan berkenaan.

Katanya, mereka tidak mampu untuk menyewa rumah di luar kerana pendapatan suami yang bekerja di kilang hanya kirakira RM900 sebulan.

“Sekarang kami terpaksa menumpang rumah keluarga sebelum rumah kongsi dibina, namun kami (penduduk) berharap kerajaan ada langkah penyelesai­an, termasuk membina rumah PPR agar hidup kami lebih terjamin untuk jangka panjang,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu.

Pada 27 Jun lalu, seramai 1,224 penduduk hilang tempat tinggal apabila 125 rumah di penempatan atas air itu musnah dalam kebakaran.

Bina jambatan, lot rumah

Sementara itu, berbeza dengan ibu lima anak, Kamisah Hanchus, 41, yang berharap kerajaan mempercepa­tkan pembinaan jambatan dan lot rumah di tapak asal perkampung­an atas air Kampung Gas bagi memudahkan penduduk membina rumah atas inisiatif sendiri.

“Adalah lebih baik jika kerajaan mempercepa­tkan pembinaan jambatan bagi menghubung­kan setiap lot dan pembahagia­n lot rumah agar penduduk boleh membina rumah sendiri biarpun kecil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah Batu Sapi, Nurlieyana Jaafar Sidik, berkata seramai 348 mangsa yang berada di pusat pemindahan itu diarah berpindah keluar oleh pihak berkuasa tempatan, barubaru ini selepas tiga minggu tinggal di pusat berkenaan.

 ?? [ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM / BH ] ?? Siti Asmidah bersama anak dan ahli keluargany­a tinggal di Pusat Penempatan Sementara di Dewan PPR Batu Sapi, Sandakan.
[ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM / BH ] Siti Asmidah bersama anak dan ahli keluargany­a tinggal di Pusat Penempatan Sementara di Dewan PPR Batu Sapi, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia