Berita Harian

Isu lewat proses lesen perlu diatasi

-

Miri: Kementeria­n Pengangkut­an perlu campur tangan bagi menyelesai­kan segera isu kelewatan proses permohonan lesen bagi kenderaan perdaganga­n di Sarawak.

Pengerusi Persatuan Pengedar Kenderaan Miri, Micheal Teng King Ting, berkata persatuan itu mahu supaya Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke membantu mengatasi kerumitan dihadapi ahlinya.

Beliau berkata, sehingga kini Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak belum mengadakan sebarang mesyuarat bagi membincang­kan isu yang sama untuk diselesaik­an.

“Kali terakhir LPKP Miri membincang­kan isu itu ialah pada 16 Mei lalu dan mesyuarat susulan seharusnya dibuat setiap bulan.

“Sekarang ramai pemilik kenderaan perdaganga­n belum dapat menggunaka­n kenderaan mereka kerana tiada lesen dikeluarka­n, terutama kategori lesen A,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pemilik kenderaan rugi

King Ting berkata, masalah itu yang terus berlarutan merugikan pemilik kenderaan kerana tidak dapat menggunaka­n kenderaan mereka, selain terpaksa membayar pinjaman bank setiap bulan.

Katanya, setiap pemilik kenderaan perlukan surat kelulusan LPKP yang dipersetuj­ui mesyuarat lembaga pengarah sebelum membawa kenderaan berkenaan menjalani pemeriksaa­n di Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM).

“Hanya selepas semua proses itu selesai barulah pemilik kenderaan dibenar menggunaka­n kenderaan yang sudah didaftarka­n itu,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini proses permohonan mendapatka­n lesen dan permit bagi pengangkut­an kenderaan komersial itu amat rumit dan perlahan.

 ?? [ FOTO KANDAU SIDI / BH ] ?? Persatuan Pengedar Kenderaan Miri mahu supaya Kementeria­n Pengangkut­an campur tangan menyelesai­kan isu permohonan lesen kenderaan perdaganga­n bagi kelas A.
[ FOTO KANDAU SIDI / BH ] Persatuan Pengedar Kenderaan Miri mahu supaya Kementeria­n Pengangkut­an campur tangan menyelesai­kan isu permohonan lesen kenderaan perdaganga­n bagi kelas A.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia