Berita Harian

Nelayan asing guna bot tempatan

-

Bintulu: Berselindu­ng dengan menggunaka­n bot nelayan tempatan, tetapi juragan dan awakawak kalangan warga asing.

Itu sebahagian modus operandi terbaru nelayan asing yang menjalanka­n kegiatan penangkapa­n ikan secara haram di perairan Sarawak.

Bagaimanap­un taktik itu terbongkar dalam operasi khas Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Perairan Mukah, pada jam 8.40 pagi, Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Shahref Steve Mac Queen Abdullah, berkata anggotanya melakukan rondaan rutin di kawasan kira-kira 10 batu nautika dari Tanjung Budu, Mukah sebelum terserempa­k dengan bot nelayan itu dalam keadaan mencurigak­an.

“Ketika ditahan, bot berkenaan yang didaftarka­n di bawah kelas C2 sedang menangkap ikan menggunaka­n pukat tunda di luar zon dibenarkan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati sembilan nelayan, membabitka­n lapan awak-awak dan seorang tekong, yang masingmasi­ng berusia lingkungan 33 hingga 55 tahun adalah warga Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Shahref berkata, penahanan dibuat kerana kesemua individu terbabit didapati melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen ditetapkan Jabatan Perikanan.

“Kesemua nelayan warga asing terbabit, termasuk bot digunakan disita dan dibawa ke Pelabuhan Bintulu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985,” katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia mengalu-alukan maklumat orang ramai, khususnya warga nelayan tempatan agar melaporkan aktiviti bot nelayan asing yang menceroboh masuk ke perairan negara atau apa-apa saja kegiatan jenayah.

“Maklumat boleh disalurkan ke talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia