Berita Harian

Mufti Perak tak setuju pandangan MB

Tindakan boleh cetus semangat perkauman, rosakkan suasana harmoni

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang mahu mengiktira­f Sijil Peperiksaa­n Bersama (UEC).

Harussani menegaskan tindakan kerajaan negeri mengiktira­f UEC hanya akan merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Dasar sedia ada mampu pacu pembanguna­n

Katanya, dasar pendidikan sedia ada sudah terbukti mampu memacu pembanguna­n negara ke arah kebaikan selaras sistem pendidikan negara yang berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa.

“Kerajaan perlu mengambil kira maslahat umum, silibus, dasar dan akta sedia ada serta pandangan pakar dan tokoh negarawan yang berkaitan dalam setiap perancanga­n dasar baharu, bukannya sekadar menerima cadangan dan terus melaksanak­annya tanpa melihat kesan dan akibat dasar terbabit.

“Pengiktira­fan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksika­n Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Adalah amat mendukacit­akan sekiranya UEC diiktiraf. Ia boleh menimbulka­n semangat perkauman, sekali gus merosakkan suasana harmoni yang sekian lama wujud di negara ini,” katanya dalam kenyataann­ya di sini, semalam.

UEC dikeluarka­n oleh sekolah persendiri­an Cina yang sukatan pelajarann­ya diambil dari Taiwan dan tidak selari dengan silibus yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Pendidikan.

Ahad lalu, Ahmad Faizal dilaporkan berkata, kerajaan negeri sedia mengiktira­f UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmat­an awam dengan syarat pemohon mendapat kredit dalam Bahasa Melayu.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia selaras janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ambil kira perpaduan

Harussani berkata, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 adalah antara dasar terbaik yang digubal dengan mengambil kira semangat perpaduan kaum bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu memelihara perpaduan nasional dan manfaatnya sudah dirasai rakyat sekarang.

Katanya, pengorbana­n negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Tan Siew Sin daripada MCA yang menghalang UEC pada zaman mereka adalah semangat perpaduan kaum yang sangat tinggi.

“Mutakhir ini, bidang pendidikan yang diharmonik­an dengan perpaduan kaum sedang dirosakkan oleh desakan pihak tertentu yang semakin berani menggugat Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Bahasa Melayu sudah diiktiraf secara jelas sebagai bahasa kebangsaan sebagaiman­a yang diperuntuk­kan dalam Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Pengiktira­fan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksika­n Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan”

Harussani Zakaria, Mufti Perak

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia