Berita Harian

"Aku nak tahu kenapa dia tak pulang"

Pulang papar kisah 3 generasi masuk panggung hari ini

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Ingatan terhadap peristiwa yang berlaku lebih separuh abad lalu kembali menerjah kotak fikiran tatkala menyaksika­n babak yang mengusik tangkai hatinya.

Bagaikan wayang yang berputar, satu demi satu adegan yang dilihat meninggalk­an perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata. Hanya rasa sebak dan kerinduan bersilih ganti dan bermain-main dalam jiwanya pada ketika itu.

Menyaksika­n filem yang memaparkan kisah benar membabitka­n dirinya, anak dan kedua orang tuanya melalui naskhah garapan pengarah prolifik, Kabir Bhatia berjudul Pulang, menjadi nostalgia yang sangat manis buat Omar Othman, antara watak penting dipaparkan dalam filem itu.

Pulang temui ibu

“Apabila melihat kembali babak pertemuan dua anak beranak yang berlaku di rumah kelab di Liverpool, saya jadi sebak.

“Masakan saya boleh lupa peristiwa itu walaupun sudah lebih 50 tahun ia berlaku. Malah, dialog yang dilafazkan abah saya, lakonan Remy Ishak juga sama dengan ayat sebenar.

“Walaupun hubungan kami tidak rapat selepas sekian lama terpisah, situasi itu menyentuh perasaan saya. Tanpa disedari bergenang air mata saat menontonny­a,” katanya kepada HIP.

Bercerita lanjut mengenai babak yang menjadi tunjang kepada filem terbitan Pri-

Alhamdulil­lah, hasrat abah tertunai juga akhirnya. Dalam pertemuan itu, memang kami bersembang mengenai hasrat untuk membawanya pulang bertemu dengan ibu” Omar Othman, Pencetus Pulang

meworks Studio itu, Omar berkata, impak yang diberi terhadap babak itu cukup kuat.

Secara tidak langsung, dia berjaya menunaikan impian arwah bapanya yang teringin melihat dirinya.

“Berdasarka­n apa yang diceritaka­n oleh Pak Cik Jamil lakonan Datuk Rahim Razali dalam filem itu, abah saya memang teringin sangat hendak berjumpa saya.

“Alhamdulil­lah, hasrat abah tertunai juga akhirnya. Dalam pertemuan itu, memang kami bersembang mengenai hasrat untuk membawanya pulang bertemu dengan ibu.

“Bagaimanap­un, tiada jawapan pasti diberi. Mungkin kerana keadaan kesihatann­ya yang tidak mengizinka­n.

“Mungkin abah tidak mahu menyusahka­n ibu yang terpaksa menjaganya kalau benar dia sakit. Ini membuatkan hasrat saya itu diambilnya secara acuh tidak acuh sahaja.

“Diakui terselit juga rasa terkilan kerana tidak dapat membawa abah pulang seperti apa yang diimpikan ibu saya apabila abah meninggal dunia di sana,” luah lelaki berusia 76 tahun ini.

Sarat unsur pengajaran

Bukan niat untuk mengungkit kisah lalu, namun menurut Omar,

mempunyai jalan cerita yang menarik. Baginya, barangkali kisah yang dipaparkan mampu menjadi inspirasi dan motivasi kepada penonton.

“Selain kisah cinta yang bersifat universal, Pulang mempunyai unsur pengajaran menerusi watakwatak yang dipersemba­hkan.

“Menerusi watak Othman, kita belajar mengenai sifat semangat ingin memajukan diri dan sanggup berkorban meninggalk­an keluarga untuk mencari rezeki.

“Watak ibu, Che Thom pula adalah lambang kecekalan dan kesetiaan seorang wanita yang sanggup menanti suami selama 61 tahun.

“Walaupun nampak seperti dia amat marah dengan suaminya, dialah yang meminta saya mencari dan membawa abah pulang ke kampung,” jelas Omar yang berpuas hati dengan keseluruha­n naskhah berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara babak mendebarka­n dalam Pulang.
Antara babak mendebarka­n dalam Pulang.
 ??  ??
 ??  ?? Pulang
Pulang
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia