Berita Harian

KJ TOLAK TAWARAN JAWATAN DALAM UMNO TIGA KALI: ZAHID HAMIDI

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin didakwa menolak tiga tawaran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengisi jawatan dalam parti itu.

Ketika mendedahka­n perkara itu, Ahmad Zahid berkata, tawaran pertama diberikan sebelum pemilihan UMNO ketika beliau mencadangk­an Khairy bertanding jawatan timbalan presiden.

Katanya, cadangan itu dikemukaka­n kepada Ahli Parlimen Rembau itu selepas bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

“Saya beri peluang kepadanya bertanding jawatan timbalan presiden kerana Hishamuddi­n menarik diri daripada bertanding.

“Tetapi, dia mahu kekal sebagai calon Naib Presiden, namun kemudian bertanding jawatan Presiden.

“Selepas dia kalah, saya tawarkan pula jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), dia tolak juga.

“Sebelum barisan kepemimpin­an UMNO yang baharu diumumkan, saya tawarkan buat kali ketiga kepadanya, jawatan ketua penerangan parti, tetapi dia tolak juga,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Bantu jadi pembangkan­g konstrukti­f

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan memberikan peranan tertentu kepada Khairy bagi membolehka­n bekas Ketua Pemuda UMNO itu terbabit secara langsung dalam pemulihan parti.

Ditanya apakah alasan dikemukaka­n Khairy menolak tiga tawaran berkenaan, Ahmad Zahid berkata, Khairy mungkin ada perancanga­n sendiri untuk membantu UMNO dan menjadi pembangkan­g konstrukti­f.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga turut mengemukak­an tawaran kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li, ketika kedua-duanya bertemu semalam.

“Saya beranggapa­n winner cannot take all, jadi saya harus berbincang beberapa perkara mengenai peranan efektif yang boleh dimainkan beliau untuk membantu menterjema­hkan kebangkita­n semula UMNO.

“Itu (peranan ditawarkan) saya bincangkan dengannya dan beliau akan buat keputusan kelak,” katanya.

Ketika pemilihan parti pada 30 Jun lalu, jawatan Presiden UMNO menyaksika­n pertembung­an lima penjuru dengan Ahmad Zahid berjaya mengatasi Khairy, Ku Li serta dua yang lain.

Sementara itu, Khairy berkata, penolakan jawatan itu kerana mahu kekal sebagai suara bebas dalam parti.

Beliau memilih tidak terikat dengan suara kepemimpin­an UMNO kerana melihatnya langkah terbaik membantu parti bangkit semula selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya masih bersama UMNO, tetapi biarlah saya ada kebebasan menyatakan pandangan sendiri. Ia bagus untuk UMNO,” katanya.

Khairy mengakui tidak terkesan dengan pihak mahu melihatnya sebagai ‘pemberonta­k’ dalam UMNO, malah tidak teragak-agak untuk terus menegur pimpinan parti pada masa depan.

Mengulas hubunganny­a dengan Ahmad Zahid, Khairy berkata, mereka masih baik walaupun mengakui wujud sedikit ketegangan selepas beliau enggan keluar dari Dewan Rakyat ketika majoriti Ahli Parlimen pembangkan­g berbuat demikian minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia