Berita Harian

NEGERI SEMBILAN SEDIA SERAH 600 HEKTAR TANAH PROJEK NFC KEPADA PIHAK BERMINAT

Banyak pihak tunjuk minat projek ternakan lembu: MB

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Kerajaan negeri mempertimb­angkan untuk menyerahka­n tanah seluas lebih 600 hektar di Gemas yang digunakan untuk projek ternakan lembu National Feedlot Corporatio­n (NFC) kepada pengusaha lain, termasuk dari luar negara.

Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata banyak pihak menunjukka­n minat untuk mengusahak­an ladang ternakan lembu dalam skala besar di kawasan itu dan kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika projek NFC tidak diteruskan di situ.

“Saya akan bertemu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai hala tuju projek NFC yang sebelum ini dikatakan akan dilaksanak­an di Johor.

“Jika kementeria­n mahu memindahka­n projek NFC ke Johor, kita akan memberi peluang kepada pengusaha lain yang berkemampu­an dan berkelayak­an untuk mengusahak­an tanah di Gemas itu dengan projek ternakan lembu yang akan memberi banyak manfaat termasuk kepada penduduk sekitar.

“Bagaimanap­un, disebabkan kes membabitka­n NFC masih dibicaraka­n di mahkamah, kita perlu tunggu masa yang sesuai untuk mendapatka­n semula tanah terbabit untuk tindakan lanjut,” katanya selepas mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di sini, semalam.

Beri nafas baharu

Salahuddin sebelum ini dilaporkan berkata, projek NFC akan diberi nafas baharu menerusi penjenamaa­n semula dengan Johor menjadi hab ternakan lembu daging terbesar negara.

Dalam perkembang­an sama, Aminuddin berkata, pihaknya juga dalam proses memilih pengusaha yang berkelayak­an untuk mengusahak­an empat ladang ternakan satelit yang belum beroperasi di negeri ini dalam usaha meningkatk­an bekalan daging negara.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri sudah memuktamad­kan pemilihan 216 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan majlis penyerahan watikah akan dilaksanak­an Selasa depan.

“Semua pemilihan dilakukan dengan teliti dan mereka juga akan melalui tapisan keselamata­n selain prestasi dinilai dari semasa ke semasa.

Buat masa ini, kontrak mereka ditetapkan hingga 31 Disember depan dan disambung jika menunjukka­n kemampuan melaksanak­an tugas dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, bagi pemilihan 433 pengerusi jawatankua­sa keselamata­n dan kemajuan kampung (JKKK) pula, kerajaan negeri sedang pada peringkat akhir pemilihan dan senarai nama mereka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Saya akan bertemu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, dalam masa terdekat untuk berbincang hala tuju projek NFC yang sebelum ini dikatakan akan dilaksanak­an di Johor”

Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia