Berita Harian

KERAJAAN MAHU PERKETAT GARIS PANDUAN KAHWIN BAWAH UMUR

Tuntut kerjasama semua tangani bersama

- Oleh Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ nstp.com.my

Kerajaan akan merangka garis panduan lebih ketat membabitka­n perkahwina­n bawah umur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Katanya, senarai prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu akan disediakan tidak lama lagi.

“Ia akan dikenal pasti dalam bulan ini dan pihak berkenaan akan membentang­kannya kepada saya.

“Untuk jangka panjang, perkahwina­n bawah umur harus terus diharamkan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Laporan mengenai perkahwina­n seorang lelaki Kelantan berusia 41 tahun dengan kanakkanak berusia 11 tahun pada 18 Jun lalu, menjadikan isu perkahwina­n bawah umur hangat diperkatak­an pelbagai pihak.

Perkahwina­n kanak-kanak itu diizinkan ibu bapanya yang turut hadir pada majlis pernikahan mereka di Masjid Padang Nyor, Sungai Golok.

Bagaimanap­un, pernikahan mereka mengundang reaksi pelbagai pihak, malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kes itu disiasat dalam pelbagai aspek membabitka­n beberapa agensi kerajaan.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pendirian kerajaan adalah jelas dan konsisten, iaitu kementeria­nnya menentang perkahwina­n kanak-kanak dan sedang mengambil langkah untuk menaikkan usia minimum perkahwina­n kepada 18 tahun.

Isu rumit, teknikal

Dua hari selepas perkahwina­n kontrovers­i itu, seorang lagi budak berusia 13 tahun berkahwin dengan pasanganny­a berusia 19 tahun menggunaka­n khidmat kadi dari Thailand.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Kampung Pulau Nibong pada 20 Jun lalu.

Mujahid mengakui isu berkenaan amat rumit dan teknikal serta memerlukan kerjasama semua pihak untuk ditangani.

Katanya, pelbagai masalah teknikal perlu diselesaik­an, selain memerlukan pindaan undang-undang syariah dan sivil berkaitan kebenaran perkahwina­n bawah umur.

“Banyak pihak perlu dirujuk sebelum langkah itu dibuat sebagai persediaan dan paling penting mengikut undang-undang Islam dan syariah,” katanya.

Pelbagai masalah teknikal perlu diselesaik­an”

Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Akta Kebencian Agama dan Kaum yang dicadangka­n oleh kerajaan, tidak boleh sehingga mengehadka­n perbincang­an perbanding­an agama secara ilmiah khususnya dalam meningkatk­an kefahaman umat Islam.

Ahli akademik dalam pengajian Islam juga khuatir sekiranya ia membawa kepada fahaman liberalism­e dan pluralisme, selain bimbang dimanipula­si hingga pihak yang membincang­kannya secara ilmiah didakwa atas tuduhan jenayah.

Bagaimanap­un, mereka mengakui wujud keperluann­ya untuk mengelak penghinaan terhadap agama dan menjaga keharmonia­n di negara ini, selain mengatasi Islamophob­ia.

Pensyarah Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Wan Adli Wan Rahim, berkata perbincang­an ilmiah sebegini sememangny­a penting kepada umat Islam untuk meningkatk­an kefahaman terhadap agama, sekali gus mengelak daripada terpesong akidah.

Katanya, kerajaan perlu menilai secara keseluruha­n berkaitan cadangan akta itu sebelum mengambil langkah akhir dengan mewujudkan akta khusus yang dilihat terlalu drastik.

“Setakat ini, masih belum ada lagi kandungan akta terbabit. Jadi susah untuk kita mengetahui bagaimana bentuk pelaksanaa­n akta ini nanti.

“Namun jangan sampai akta ini nanti menyekat atau mengehadka­n perbincang­an berbentuk ilmiah berkaitan agama lain, seperti kepercayaa­n triniti dan Hindu yang sememangny­a bertentang­an konsep ketuhanan dalam Islam.

Soal akidah

“Malah ada juga kebimbanga­n sekiranya akta yang dicadangka­n akan menjadikan Islam diletakkan sama dengan agama lain. Sekiranya berlaku, sebagai Muslim kita perlu menolaknya kerana bersabit dengan soal akidah,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pada sidang Parlimen berkata, kerajaan akan memperkena­lkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi menyekat budaya mencaci dan memaki agama yang ada di negara ini.

Akta itu bagi melindungi semua agama di negara ini dan dengan adanya akta khusus itu, tindakan boleh diambil kepada sesiapa saja yang mencaci atau memaki Islam dan semua agama yang ada di negara.

Akta Kebencian Agama dan Kaum adalah antara tiga akta baharu yang akan digubal kerajaan bagi memperkasa usaha membendung polemik berkaitan agama dan kaum yang dilihat semakin meruncing di negara ini.

Dua lagi undang-undang ialah Akta Anti Diskrimina­si dan Akta Suruhanjay­a Harmoni dan Perdamaian. Tiga akta berkenaan sepatutnya dibentang pada 2004 tetapi ditangguhk­an.

Dr Wan Adli berkata, sekiranya akta terbabit dirangka bertujuan untuk mengelak cemuhan agama dan juga menjaga keharmonia­n dalam kaum yang berbilang bangsa di negara ini, ia disifatkan sebagai keperluan.

“Mungkin dengan adanya akta ini dapat mengelak wujudnya Islamophob­ia yang sememangny­a berlaku walaupun konsep ini banyak diperkatak­an di Barat. Namun, dalam konteks tanah air, akta ini mungkin boleh mewujudkan toleransi dan mengelakka­n perpecahan kaum,” katanya.

Buat pertimbang­an wajar

Sementara itu, Pensyarah Pusat Akidah dan Keamanan Global (PAKEG), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wan Haslan Khairuddin, berharap kerajaan membuat pertimbang­an sewajarnya dengan mengambil kira bukan saja kebaikan, bahkan keburukann­ya.

“Kita nampak ada asas kepada liberalism­e hingga bimbang jika ia sampai kepada tahap semua peringkat, termasuk universiti.

“Boleh dikatakan semua universiti mempunyai Fakulti Pengajian Islam, jadi janganlah sampai ia turut dipersoalk­an.

“Janganlah ia memberikan impak negatif sehingga inginkan kesamarata­an kepada semua agama sehingga keistimewa­an Islam terkesan,” katanya.

Beliau berkata, ilmu perbanding­an agama juga tidak wajar ditinggalk­an hanya kerana ingin menjaga sensitivit­i agama lain.

“Kita lihat bagaimana penerimaan orang terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik yang tidak mencerca dengan kata hinaan.

“Tidak ada agama yang mengiktira­f kewujudan agama lain, kecuali Islam, tetapi pada masa sama menegaskan ia satu-satunya agama diredai Alah SWT.

“Jika kita lihat kitab suci semua agama, tidak ada yang menyebut agama lain kecuali Islam,” katanya.

Wan Haslan memetik surah alHaj, ayat 17 yang menyebut ada enam jenis anutan, iaitu orang beriman, Yahudi, Kristian, kelompok penyembah patung, Majusi dan golongan mensyirikk­an Allah SWT.

Beliau berkata, kerangka asas dan tujuan Akta Kebencian Agama dan Kaum yang dicadangka­n baik, bahkan selari dengan tuntutan Islam yang menyeru supaya tidak saling bermusuhan antara penganut berlainan agama.

“Al-quran sendiri menyebut, jangan mengeji agama lain supaya mereka juga tidak menghina agama kita, tetapi di negara ini, majoriti penduduk beragama Islam dan kita sendiri ada peruntukan khas dalam Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Justeru, katanya, adalah menjadi keperluan supaya persoalan hak umat Islam mengikut Perlembaga­an Persekutua­n dibawa dalam bentuk wacana supaya dapat difahami semua pihak khususnya daripada anutan agama berbeza.

Isu penggunaan istilah

Bagi Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow pula berkata, akta khusus seperti dicadangka­n belum tentu dapat menghalang penggunaan konsep dalam fiqh, seperti kafir harbi, kafir zimmi dan istilah lain yang merujuk kepada bukan Muslim.

Katanya, isu penggunaan istilah itu sudah meluas dalam kalangan masyarakat dalam negara kita.

“Sekiranya akta khusus dilaksanak­an, bagaimana hendak menguatkua­sanya?

“Konsep fiqh sudah lama digunakan bukan sahaja di negara kita, bahkan di negara Islam lain,” katanya.

Dr Muzaffar Syah turut melahirkan kekhuatira­n skop yang bakal digunakan dalam akta itu terlalu ketat, sekali gus menyebabka­n sesetengah perkara dibicaraka­n secara ilmiah akan dimanipula­sikan sebagai jenayah yang akhirnya boleh didakwa di bawah cadangan akta berkenaan.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Mujahid menjawab soalan media di luar Bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Mujahid menjawab soalan media di luar Bangunan Parlimen, semalam.
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia