Berita Harian

CUEPACS harap syor tubuh TASKA jadi realiti

-

Labuan: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) berharap cadangan penubuhan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di premis agensi kerajaan akan menjadi kenyataan tahun depan.

Presidenny­a, Datuk Azih Muda, berkata CUEPACS berpendapa­t penubuhan Taska penting memandangk­an 60 peratus penjawat awam adalah wanita.

“Kebanyakan wanita ingin dekat dengan anak kecil mereka dan jika TASKA disediakan berhampira­n tempat kerja, mereka boleh memberi fokus terhadap kerja rutin masing-masing serta meningkatk­an produktivi­ti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat prapersara­an untuk penjawat awam Labuan di sini, semalam.

Beliau berkata, dasar kerajaan yang mahu semua agensi kerajaan menubuhkan Taska bermula 1 Januari 2019 akan memberi manfaat kepada penjawat awam wanita di seluruh negara.

“Kami berharap pihak berkuasa tempatan berkenaan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat akan membantu usaha menubuhkan TASKA dengan memberi kelonggara­n berkaitan undang-undang dan dasar tertentu, tanpa mengorbank­an aspek keselamata­n,” katanya.

Sedia pelbagai insentif

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarka­n semua agensi kerajaan yang mempunyai petugas bekerja secara syif menubuhkan TASKA di tempat masing-masing pada Januari 2019.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kementeria­n itu akan berganding bahu dengan Kementeria­n Pendidikan dalam menyediaka­n kemudahan untuk guru berkhidmat di TASKA berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan menyediaka­n pelbagai insentif bagi menggalakk­an penubuhan TASKA di tempat kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia