Berita Harian

Dakwaan hutang baharu RM22 bilion tak benar

-

Kuala Lumpur: Dakwaan pembangkan­g kononnya kerajaan membuat hutang baharu berjumlah RM22 bilion adalah tidak benar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata sebaliknya, kerajaan kini menanggung hutang lama Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memerlukan masa melihat semula jumlah hutang negara.

Minta tempoh

“Saya minta diberi tempoh berhubung dakwaan hutang baharu RM22 bilion kerana setahu saya tiada hutang baharu dibuat.

“Saya hanya melihat angka yang ditinggalk­an kepada kita dan kerajaan sedang mencari jalan untuk ia diselesaik­an dengan baik,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad mahu mengetahui mengenai kutipan Tabung Harapan dan kesahihan laporan kerajaan kini mempunyai hutang baharu bernilai RM22 bilion.

Amiruddin berkata, penubuhan Tabung Harapan dicetuskan oleh rakyat yang mahu membantu kerajaan, bukannya membebanka­n masyarakat.

Rakyat mahu derma

Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-DAP Bukit Bintang) mengenai had tempoh tabung berkenaan, Amiruddin berkata, ia belum ditetapkan kerajaan.

“Kita yakin ramai rakyat mahu menderma kepada tabung ini, malah sejumlah RM10 juta diterima hasil sumbangan dari luar negara,” katanya.

Saya hanya melihat angka yang ditinggalk­an kepada kita dan kerajaan sedang mencari jalan ia diselesaik­an dengan baik” Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia