Berita Harian

Tiada isu jika lawatan dapat restu kerajaan

-

Kuala Lumpur: Tidak timbul masalah jika Tun Daim Zainuddin menjalanka­n tugasnya ‘melangkaui’ bidang kuasa menteri Kabinet sekiranya Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) itu mendapat ‘lampu hijau’ daripada Kerajaan Malaysia.

Peguam, Syahredzan Johan, berkata yang akan menjadi masalah jika bekas Menteri Kewangan itu menjalanka­n tugasnya tanpa arahan dan kebenaran daripada Kerajaan Malaysia.

Katanya, peranan MPK tertakluk untuk menasihati kerajaan dalam bidang tertentu dan dalam tempoh tertentu sahaja.

“Perdana Menteri memang mempunyai kuasa untuk menubuhkan badan-badan interim seperti ini, asalkan mereka tidak mempunyai kuasa seperti badan eksekutif.

Tiada isu

“Saya tidak ada isu dengan MPK kerana skop MPK amat khusus. Peranannya menasihati kerajaan dalam bidang tertentu termasuk ekonomi dan ia hanya untuk jangka masa 100 hari, tidak lebih daripada itu.

“Jika Perdana Menteri atau Menteri Luar memberi kebenaran untuk Tun Daim membuat lawatan, saya tidak nampak salahnya. Ia bermasalah jika Tun Daim pergi tanpa kebenaran dan mengatakan beliau mewakili Kerajaan Malaysia,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Syahredzan mengulas gesaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mencadangk­an di Dewan Rakyat kelmarin supaya MPK dibubarkan atas alasan majlis itu bertindak melangkaui bidang kuasa dan demi menjaga akauntabil­iti Kabinet.

Beliau menasihati Khairy supaya tidak perlu membangkit­kan mengenai percanggah­an kepentinga­n kerana ketika bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam kerajaan, percanggah­an kepentinga­n begitu berleluasa dan lebih berat pada masa itu.

“MPK (ditubuhkan) hanyalah untuk menasihat. Akhirnya yang membuat keputusan adalah Perdana Menteri dan jemaah menteri.

“Asalkan mereka (MPK) melaksanak­an tugas sebagai penasihat kerajaan dan nasihat mereka tidak ‘mengikat’ kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pakar perlembaga­an, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata MPK adalah majlis yang ditubuhkan di bawah kuasa pentadbira­n dan bidang kuasanya tertakluk pada punca kuasa Perlembaga­an atau mana-mana peruntukan undang-undang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia