Berita Harian

Kenyataan Annuar tak wajar

Mukhriz selar pendapat pemimpin kanan BN mengenai PRK

-

Oleh Mohd Azrone Sarabatin, Mohd Nasaruddin Parzi, Dawn Chan dan Iskandar

Shah Mohamed

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatka­n kenyataan Tan Sri Annuar Musa bahawa akan ada lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas ini seperti di Parlimen Langkawi, adalah tidak wajar.

Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, apa yang diucapkan Annuar itu sesuatu yang tidak perlu.

“Saya fikir beliau membuat kenyataan sambil lewa. Ia sangat tidak wajar dan saya dengar ada seorang lagi, saya rasa seorang ahli Pemuda UMNO, juga mengeluark­an kenyataan sama. Ia bukan satu kenyataan yang baik.

“Tetapi, kita lihat nanti. Seorang yang berusia 93 tahun mungkin boleh panjang umur hingga 100 atau 103 tahun, dalam tempoh 10 tahun lagi, atau mungkin sehingga 20 hingga 30 tahun.

“Siapa tahu? Kita ini yang tidak tahu berapa lama kita akan hidup. Ini semua kuasa Tuhan,” katanya.

Mukhriz berkata demikian ketika ditemui pada program ceramah PRK Sungai Kandis di Taman Sri Andalas, kelmarin.

Yang turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Timbalan Pengarah PRK Sungai Kandis, Dr Xavier Jayakumar dan calon PKR untuk pilihan raya kecil itu, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan Annuar yang mengatakan PRK Sungai Kandis dan Balakong bukan PRK terakhir yang diadakan.

Annuar dilaporkan berkata, PRK itu adalah ujian Allah kepada Selangor dan tidak diketahui di mana pilihan raya seterusnya akan diadakan dan ia mungkin di Langkawi atau tempat lain.

Dr Xavier, yang juga Naib Presiden PKR, berkata, “(Langkawi?) Ya kah? Perkataan yang saya katakan terhadap Annuar adalah biadap.”

Sementara itu, ketika berucap, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah, menyuaraka­n perasaan terkilan terhadap sesetengah pihak yang menggunaka­n isu perkauman dan agama sebagai modal politik.

Dibelenggu isu sama

“Politik perkauman tidak sepatutnya wujud bagi memastikan keharmonia­n dan kesejahter­aan yang dinikmati negara terjamin.

“Sebelum ini, saya berada di pihak satu lagi dan saya dapati (mereka) masih dibelenggu dengan isu sama dan politik sedemikian masih dimainkan,” katanya.

Muhkriz turut menggesa pengundi untuk meneruskan momentum kemenangan dan menyokong Pakatan Harapan (PH) dalam PRK itu.

Dalam pada itu pengarah firma penyelidik­an politik Sky Data, Dr Ainul Adzellie Hasnul, berkata Annuar perlu memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Dr Mahathir kerana mengeluark­an kenyataan yang mendahului ketentuan Tuhan.

Katanya, sebagai pemimpin kanan Barisan Nasional (BN), Ahli Parlimen Ketereh itu sewajarnya menyesali tindakanny­a dengan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Perdana Menteri dan rakyat Malaysia.

“BN mahu menjadi pembangkan­g berwibawa, tetapi apa dilakukan pemimpin kanannya mengeluark­an kenyataan berbentuk propaganda dan politik murahan.

“Sebelum ini bekas Menteri Besar Perak (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) memohon maaf kerana mengaitkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 sebagai balasan Allah terhadap kerajaan BN dan UMNO.

“Annuar perlu mencontohi kematangan Mohammad Nizar yang kini EXCO Perak,” katanya kepada NSTP, semalam.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Mukhriz berucap pada program ceramah PRK Sungai Kandis di Taman Andalas, Klang, kelmarin.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Mukhriz berucap pada program ceramah PRK Sungai Kandis di Taman Andalas, Klang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia