Berita Harian

Hanya Zahid dipertimba­ng sebagai Pengerusi PAC

-

Kuala Lumpur: Hanya nama Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipertimba­ngkan ketika ini untuk mengisi jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang mengesahka­n perkara itu berkata, sama ada pelantikan itu akan menjadi kenyataan bergantung kepada persetujua­n Ahmad Zahid sendiri.

“Ini adalah manifesto Pakatan Harapan (PH), hanya seorang pembangkan­g yang dicadangka­n menjadi Pengerusi PAC, jadi setakat ini satu nama sahaja (dipertimba­ngkan).

“Jadi buat masa ini, kena tanyalah sama ada dia nak jadi Pengerusi PAC atau tidak kerana kalau dia tidak mahu, sia-sia sajalah.

Sebahagian janji PH

“(Jika Ahmad Zahid bersetuju) pelantikan itu akan dipertimba­ngkan kerajaan dan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Kita akan selesaikan pelantikan Pengerusi PAC pada sidang kali ini juga dan ini akan dibincangk­an pada mesyuarat saya bersama pihak Speaker,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Kelmarin, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dilaporkan memberi bayangan Ahmad Zahid mungkin dilantik sebagai Pengerusi PAC kerana ia sebahagian janji PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanap­un, sebuah portal berita pula melaporkan Ahmad Zahid mencadangk­an bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Beluran daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Ronald Kiandee untuk mengisi jawatan Pengerusi PAC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia