Berita Harian

Pertahan kedaulatan negara

Kendali isu secara menyeluruh, tindakan dibuat menerusi pertimbang­an komprehens­if

- Oleh Rohaniza Idris

Setiap tindakan kerajaan berhubung isu Laut China Selatan dilakukan secara menyeluruh tanpa menjejaska­n kedaulatan dan kepentinga­n negara.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata perkembang­an berkaitan Laut China Selatan membabitka­n isu strategik yang amat signifikan kepada negara.

“Isu ini perlu dikendalik­an secara menyeluruh dan setiap tindakan dibuat menerusi pertimbang­an komprehens­if,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (BNUMNO Beluran) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Ronald ingin mengetahui pendirian kerajaan berhubung tindakan China menubuhkan pangkalan tentera dilengkapi sistem peluru berpandu di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan.

Saifuddin berkata, kerajaan berpegang kepada pendirian iaitu semua pihak perlu memastikan keamanan, keselamata­n dan kestabilan serta kebebasan pelayaran dan penerbanga­n.

Katanya, pihak berkaitan juga perlu mengelak tindakan yang boleh mencetuska­n ketegangan dan bersifat provokatif, selain tindakan berasaskan ketenteraa­n.

Penyelesai­an ikut undang-undang

“Semua tuntutan dan penyelesai­an perlu berdasarka­n undang-undang antarabang­sa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Laut 1982,” katanya.

Mengenai tuntutan bertindih di Laut China Selatan, Saifuddin berkata, Malaysia dan negara anggota ASEAN merangkumi Brunei, Filipina dan Vietnam tidak mengiktira­f tuntutan China berikutan bercanggah dengan undang-undang antarabang­sa.

“Bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelak ketegangan di Laut China Selatan, negara ASEAN menandatan­gani Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepenti­ngan di Laut China Selatan (DOC).

“Susulan insiden membabitka­n China, Filipina dan Vietnam serta tindak-tanduk China yang semakin agresif di Laut China Selatan, selain DOC dilihat tidak berupaya memastikan keamanan, kestabilan dan keselamata­n di kawasan itu, maka instrumen bersifat mengikat akan diwujudkan,” katanya

Justeru, beliau berkata, ASEAN dan China kini dalam proses mewujudkan Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan, namun ia mengambil masa untuk dimuktamad­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia