Berita Harian

‘Kuat kuasa akta sedia ada, bukan gubal baharu’

-

Kota Bharu: PAS mengesyork­an kerajaan Pusat menguatkua­sakan akta atau undang-undang sedia ada bagi menyekat budaya mencaci, memaki agama dan kaum, bukannya menggubal akta baharu.

Naib Presidenny­a, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpendapa­t undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani masalah berkenaan dengan syarat kerajaan menguatkua­sakannya.

Katanya, Malaysia terlalu banyak undang-undang, namun lemah dari segi penguatkua­saan.

“Saya ada membaca pandangan seorang peguam yang mengatakan undang-undang di Malaysia sudah cukup untuk mengawal dan tidak perlu kepada akta yang baharu.

“Justeru, saya juga berpandang­an perkara sama, daripada kita perkenalka­n akta baharu, baik kita kuatkuasak­an akta sedia ada. Bagi saya, Akta Hasutan yang sedia ada sudah mencukupi.

Gubal akta baharu jika tidak cukup

“Saya bukan menolak cadangan kerajaan kerana perkara ini belum dibentangk­an lagi, namun lebih baik menteri lihat dulu akta yang ada dan sekiranya tidak mencukupi, barulah menggubal akta baharu,” katanya ketika ditemui selepas Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, kerajaan akan memperkena­lkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi menyekat budaya mencaci dan memaki agama yang ada di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata akta itu bagi melindungi semua agama di negara ini dan dengan adanya akta itu, tindakan boleh diambil kepada sesiapa sahaja yang mencaci atau memaki Islam dan semua agama.

Dua lagi undang-undang yang akan diperkenal­kan adalah Akta Antidiskri­minasi dan Akta Suruhanjay­a Harmoni dan Perdamaian. Tiga akta berkenaan sepatutnya dibentang pada 2004, tetapi ditangguhk­an.

Dalam perkembang­an lain ketika mengulas cadangan Mujahid yang mahu mengharamk­an perkahwina­n bawah umur, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, beliau tidak bersetuju sekiranya mahu mengharamk­an terus kerana menyalahi agama.

Boleh kawal

“Saya tidak setuju kerana dari segi agama ianya tidak salah. Kita boleh kawal kerana sudah mempunyai undang-undang yang mana perkahwina­n bawah umur perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa kerajaan negeri.

“Undang-undang sudah ada, kita kuat kuasa yang itulah, kita boleh kawal kerana takut ada pihak mengambil kesempatan,” katanya.

 ??  ?? Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia