Berita Harian

Nik Abduh akui PAS dorong ahli undi calon UMNO

-

Kuala Lumpur: Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti itu mendorong ahlinya mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

“Jika anda bertanya, tidakkah sudah jelas difahami bahawa PAS mendorong ahlinya mengundi UMNO? Saya jawab, Ya, di PRK Sungai Kandis. Itulah yang saya fahami,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata demikian susulan terdapat dakwaan yang tindakan PAS tidak bertanding dalam PRK Sungai Kandis hanya berusaha untuk menghidupk­an UMNO, selain didakwa hanya bersandiwa­ra.

Tak bantu calon BN berkempen

Bagaimanap­un, PAS turut membuat pendirian tidak akan membantu calon BN berkempen dalam PRK itu.

Keputusan PAS tidak bertanding pada PRK itu mewujudkan polemik kepada ahli PAS berhubung calon yang harus mereka undi.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata, pendirian itu dibuat kerana BN bukan rakan gabungan politik PAS dalam Gagasan Sejahtera.

“Maka, tiada arahan wajib yang mengarahka­n ahli PAS mengundi UMNO/BN,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dilaporkan berkata PH perlu dikalahkan dalam PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini kerana masih gagal menunaikan janji Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) terutama yang terkandung dalam janji 100 hari.

Nik Mohamad Abduh turut berkata, PAS yakin dengan kebijaksan­a ahlinya dalam membuat pilihan dan mengundi yang terbaik.

Katanya, ahli PAS tahu dengan kewajipan mengundi untuk memilih pemimpin yang baik menerajui negara.

“Arahan PAS adalah menolak kerajaan PH. Sikap dan pendirian PAS terhadap PH adalah sama, sama ada sebelum atau selepas PRU14, iaitu menolak PH.

“Bagi PAS, PH bukanlah pilihan terbaik untuk menggantik­an BN. Keadaan ekonomi dan sektor lain yang tidak stabil selepas PRU14 semakin membuktika­n benarnya pendirian PAS,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia