Berita Harian

Ikrar calon PKR bukan janji politik

Ustaz Zawawi, isteri asaskan rumah perlindung­an sejak 2008

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Faliq Lajim

Ikrar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang mahu membendung gejala sosial jika dipilih sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan bukan sekadar retorik.

Mohd Zawawi yang lebih dikenali Ustaz Zawawi bersama isterinya, Hazlina Abd Razak, sudah mengasaska­n Rumah Perlindung­an dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA), di Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini sejak 2008.

DARWA bukan sahaja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) malah turut diiktiraf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam membantu memulihkan wanita bermasalah.

Hazlina berkata, sejak rumah perlindung­an itu beroperasi, lebih 300 wanita seawal usia 14 hingga 40 tahun dilindungi dan dibantu untuk meneruskan kehidupan selepas terjebak ke dalam kancah gejala sosial serta tidak bermoral.

“Rumah perlindung­an ini mampu menempatka­n 25 wanita dalam satu masa dan mereka dihantar ke sini untuk menjalani proses pemulihan berlandask­an modul pengisian agama Islam selain diajar kemahiran.

“Kebanyakan mereka yang ditempatka­n di sini terdiri daripada gadis yang terlanjur sehingga melahirkan anak serta mereka yang terbabit dalam gejala sosial lain, termasuk penyalahgu­naan dadah,” katanya kepada NSTP.

Elak jadi tempat fitnah

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengurusan rumah perlindung­an wanita perlu tegas menjalanka­n usaha pemulihan jika tidak mahu niat murni itu menjadi fitnah kepada masyarakat.

Katanya, rumah perlindung­an perlu bersikap memilih, menetapkan peraturan tegas dan mempunyai modul komprehens­if supaya dapat mencapai matlamat penubuhann­ya untuk membantu wanita selesaikan masalah dan membina kehidupan lebih baik.

“Rumah perlindung­an perlu memastikan hanya mereka yang benar-benar ingin dibantu serta bersedia mengikut peraturan ditetapkan sepanjang proses pemulihan dan mendapat sokongan ibu bapa diterima berlindung di sana.

“Kita tidak mahu rumah perlindung­an hanya menjadi tempat Pengasas DARWA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia