Berita Harian

Nama besar mula jengah Sungai Kandis

-

Shah Alam: Hampir seminggu berkempen, nama-nama besar mulai singgah ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis untuk membantu calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Jika malam kelmarin menyaksika­n Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar; Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berada di atas pentas sama, semalam, Barisan Nasional (BN) juga tidak ketinggala­n.

Biarpun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti, bekas Presiden UMNO juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turun padang memberi sokongan moral kepada calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

Najib memulakan siri lawatan bersama calon pada sebelah pagi dengan bersarapan di Command Center BN bersama-sama Lokman sebelum menziarahi rumah pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kandis.

Beliau juga menghadiri makan tengah hari di rumah Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzam­an Johari yang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebelum solat di Masjid Al-muhsinin, Kampung Sungai Kandis.

Pertembung­an tiga penjuru

Pada masa sama, calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pula mula keluar dari kawasan Jalan Kebun untuk berkempen di lokasi lain dalam DUN Sungai Kandis.

Memulakan kempen dengan bersarapan bersama-sama pengundi, Mohd Zawawi hadir pada sidang media harian di Bilik Gerakan Utama bagi menjawab pelbagai isu yang dibangkitk­an.

PRK Sungai Kandis diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pertembung­an tiga penjuru menanti pada PRK Sungai Kandis antara calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Lokman yang mewakili BN, manakala K Murthy bertanding sebagai calon Bebas.

Pada PRU-14, kerusi Sungai Kandis menyaksika­n pertembung­an empat penjuru apabila Mat Shuhaimi mempertaha­n kerusinya dengan mengalahka­n Datuk Kamaruzzam­an dari BN, Mohd Yusof Abdullah mewakili PAS, manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hanafiah Husin. Mat Shuhaimi meraih 23,998 undi, dengan majoriti 12,480, mengalahka­n Kamaruzzam­an (11,518 undi, Mohd Yusof (7,573 undi) dan Hanafiah, 76 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia