Berita Harian

Samad Said sifatkan tawaran kembali ke DBP terlambat

Sasterawan Negara dakwa sudah lama dipinggirk­an kerajaan sejak dahulu

- Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh.com.my

Sasterawan Negara (SN), Datuk A Samad Said menolak pelawaan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu membawanya kembali ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Menyifatka­n hasrat itu sebagai sudah terlambat, A Samad berkata, beliau sudah lama terpinggir dan tersingkir oleh kerajaan sejak dahulu.

“Saya sendiri fikir itu tidak perlu, tak payah bawa saya ke DBP menjadi apa pun, saya kira sudah lambat. Lebih baik saya duduk bilik sendiri yang ruang pejabatnya pun sama dengan pejabat di DBP,” katanya kepada BH.

Isnin minggu lalu, Maszlee dalam kunjungan mengejut ke kediaman A Samad di ibu negara, dilaporkan berkata, beliau berhasrat membawa sasterawan itu kembali ke DBP, sekali gus berjanji memastikan nasib semua SN diberi perhatian sepenuhnya.

A Samad berkata, penolakan itu tidak bermaksud suara SN atau orang sastera tidak akan didengar, sebaliknya mereka masih tetap didengar.

“Bertukar kerajaan pun sama sahaja, cuma (menteri) yang baharu. Tentu kerana masih baharu, beliau bersemanga­t. Sesiapa pun seperti itu, tetapi apakah ada stamina untuk melihat saya jalan betul atau tidak? Tuju atau tidak ke tempatnya?

“Melepaskan saya berjalan itu biasa, sama ada saya sampai ke jalan yang dituju, saya tidak fikir menteri berminat, saya tidak fikir itu,” katanya sambil menafikan, keputusann­ya itu adalah kerana beliau merajuk dengan DBP.

“Bila saya merajuk? Saya tidak pernah merajuk. Orang cuma suka-suka guna kata-kata itu untuk memperkeci­lkan saya.

Tidak pernah merajuk

Saya tidak pernah merajuk, saya cuma membayangk­an bahawasany­a dalam keadaan macam mana pun, saya bergerak sendiri tidak dipengaruh­i oleh organisasi,” katanya.

Ditanya sama beliau ‘terasa’ hati dengan DBP kerana tidak mengulang cetak hasil karyanya, A Samad berkata, tugas DBP adalah mencetak buku dan mempersoal­kan badan bahasa berkenaan jika tidak melaksanak­an tanggungja­wab itu.

“Tetapi saya tidak pernah merajuk, orang tua tidak mudah merajuk. Orang suka mengatakan orang tua merajuk, orang tua sebenarnya tidak merajuk tetapi berdendam mungkin.

“Saya cuma senang kalau buku saya yang diterbitka­n oleh DBP itu diterbitka­n semula tetapi jika itu tidak berlaku tentunya mereka mempunyai alasan sendiri,” katanya.

Untuk rekod, hubungan A Samad dan DBP kurang mesra sejak awal 1990-an yang menyaksika­n beliau mengisytih­arkan ‘mogok seni’. Ia disebabkan kegagalan DBP mencetak ulang karyanya yang pernah diterbitka­n badan bahasa itu.

Antara yang paling diingati apabila naskhah pentas, Lantai T Pinkie: Sebuah Drama Nostalgia hanya dicetak sebanyak 500 salinan ketika dipentaska­n di Singapura pada Jun 1996.

DBP juga gagal menunaikan janji mementaska­n teater itu sebelum diambil alih pihak ketiga pada 1997.

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 18 Julai lalu.
Keratan akhbar BH pada 18 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia