Berita Harian

Penginapan percuma dihentikan 3 tahun lalu

Hotel Movenpick Sepang berikan diskaun khas: TH

- Oleh Samadi Ahmad

Lembaga Tabung Haji (TH) menolak dakwaan yang pihaknya menarik balik kemudahan penginapan percuma bagi jemaah transit seperti disediakan sebelum ini.

Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata setakat ini, tiada keperluan bagi menyediaka­n bilik penginapan di Kompleks TH Sepang.

Katanya, bakal haji yang memilih untuk berlepas dari KLIA hanya perlu melaporkan diri di Kompleks TH Sepang, empat jam sebelum masa berlepas.

“Bagaimanap­un, Hotel Movenpick yang beroperasi di sebelah kompleks ada menyediaka­n bilik penginapan dengan kadar diskaun khas untuk bakal haji serta waris yang memilih untuk datang lebih awal dari tarikh dan waktu melaporkan diri ditetapkan,” katanya pada sidang media di Kompleks TH Sepang di sini, semalam.

Gambar viral tak berasas

Syed Saleh berkata, pihaknya juga menyifatka­n dakwaan merujuk kepada penularan gambar di media sosial yang menggambar­kan suasana padat di Kompleks TH seperti pusat gelandanga­n, tidak berasas.

“Suasana padat seperti itu adalah biasa bagi setiap penerbanga­n kerana ia membabitka­n 500 bakal haji yang turut diiringi ahli keluarga dan sahabat handai sehingga mencecah 4,000 orang pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata, penginapan transit tidak disediakan sejak tiga tahun lalu, malah ketika operasi di Kelana Jaya, kemudahan itu hanya disediakan untuk bakal haji dari stesen lain atas kekangan penerbanga­n atau jadual penerbanga­n transit awal melebihi satu hari sebelum

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia