Berita Harian

SPRM tiada kuasa tarik kes Guan Eng

-

Putrajaya: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita, semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n semalam, SRPM memaklumka­n, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk melaksanak­an perkara berkenaan bagi mana-mana kes pendakwaan, sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara.

Mengikut laporan portal berita berkenaan, SPRM dikatakan mahu menarik balik dua pertuduhan kes rasuah membabitka­n Guan Eng.

Dua pertuduhan

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 21 Mei lalu menetapkan 30 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula perbicaraa­n kes rasuah membabitka­n bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, termasuk ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah yang membabitka­n penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang, bawah nilai pasaran.

Bagi dua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia