Berita Harian

Pemberian royalti ambil masa

Akta perlu dipinda sebelum tawar pemberian 20 peratus

-

Laporan Rohaniza Idris, Hidir Reduan, Veena Babulal, Rizanizam Abdul Hamid, Hidayatul Akmal Ahmad dan Ahmad Suhael Adnan cnews@nstp.com.my

Pemberian 20 peratus royalti minyak kepada negeri pengeluar mengambil sedikit masa untuk dilaksanak­an kerana ia terikat dengan Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pindaan akta berkenaan perlu dilakukan sebelum cadangan pemberian 20 peratus dilaksanak­an.

Katanya, akta itu antara lain menyebut, pemberian 10 peratus royalti adalah berdasarka­n keuntungan bersih kepada Kerajaan Persekutua­n dan negeri pengeluar minyak.

“Tawaran 20 peratus adalah inisiatif manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi pada masa yang sama kita perlu meminda akta 1974 (PDA) terlebih dahulu sebelum pelaksanaa­n itu.

“Buat masa ini, Petronas perlu membayar 10 peratus secara tunai kepada kerajaan dan daripada jumlah ini, lima peratus akan diterima Kerajaan Persekutua­n dan negeri pengeluar minyak.

Bayaran dibuat dua kali

“Bayaran dibuat dua kali iaitu pada Februari dan Ogos. Peratus ini mengikut nilai kasar setong pada harga pasaran tanpa perlu mengambil kira menguntung­kan atau tidak,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Madius Tangau (Upko-tuaran) yang mahu mengetahui bila Kerajaan Persekutua­n melaksanak­an pemberian 20 peratus royalti kepada negeri pengeluar minyak.

Manifesto PH antara lain menyebut Kerajaan Persekutua­n akan menyemak semula Perjanjian 1963 termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak.

Azmin berkata, ketika menggubal Buku Harapan, PH hanya menyebut mengenai pengagihan royaliti minyak secara adil kepada negeri pengeluar minyak.

“Kami membuat kos analisis berdasarka­n pengeluara­n petroleum yang mana ketika itu kami mengalami kekangan data dan maklumat.

“Jika PETRONAS dikehendak­i tambah royalti kepada 20 peratus daripada jumlah hasil pengeluara­n kasar kepada negeri pengeluar minyak, ia akan beri implikasi serius terhadap kewangan Petronas dan Kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Madius mengenai Perjanjian 1963, Mohamed Azmin berkata, kerajaan menubuhkan Jawatankua­sa Khas Kabinet bagi mengkaji semula perjanjian berkenaan.

 ??  ?? Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia