Berita Harian

Pelaksanaa­n Pan Borneo fasa 2 diteliti lebih terperinci

-

Mekanisme dan pelaksanaa­n keseluruha­n projek Lebuhraya Pan Borneo fasa 2 kini dalam peringkat penelitian teknikal dan akan dimuktamad­kan segera bersama Kementeria­n Kewangan serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak membawa impak yang besar kepada negeri berkenaan dan rakyatnya termasuk dari segi pembanguna­n sosioekono­mi, maka penelitian yang lebih terperinci adalah perlu.

“Menerusi projek fasa satu, pembinaan lebuh raya berkenaan membabitka­n laluan dari Teluk Melano hingga ke Miri yang terdiri daripada 11 pakej dengan anggaran sepanjang 786 kilometer dalam proses pembinaan.

“Pembinaan fasa dua projek lebuh raya ini dari Limbang ke Lawas pula dalam peringkat penelitian kewangan,” katanya menjawab soalan Datuk Fadillah Yusof (Pbb-petra Jaya) mengenai status projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Fasa 2, pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Baru berkata, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah juga membabitka­n kerja menaik taraf jalan raya sedia ada kepada empat lorong dua hala sepanjang 706 kilometer yang merangkumi pelaksanaa­n fasa satu projek pembinaan lebuh raya berkenaan dan dipecahkan kepada 35 pakej.

Katanya, 12 pakej yang dalam proses pembinaan akan terus dilaksanak­an, manakala baki 23 pakej masih di pelbagai peringkat pelaksanaa­n.

Projek Lebuhraya Pan Borneo yang akan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak dan adalah manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu adalah sebahagian daripada perancanga­n membina lebuh raya di Sabah dan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia