Berita Harian

Malaysia diramal tidak sertai CPTPP

-

Kuala Lumpur: Kerajaan diramal tidak menandatan­gani Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-pasifik (CPTPP) dalam waktu terdekat.

Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-UMNO Jeli) berkata, CPTPP berkuat kuasa dalam tempoh enam bulan selepas beberapa negara anggota menandatan­gani perjanjian itu tidak lama lagi.

Katanya, kerajaan wajar memberi pertimbang­an terhadap CPTPP berikutan pelbagai manfaatnya terutama kerana ia sudah diubah selepas mengambil kira penarikan diri Amerika Syarikat (AS).

“Paling utama menyentuh undang-undang berkaitan hak cipta selain mengambil kira kepentinga­n Malaysia dalam perjanjian itu,” katanya ketika membahas titah ucapan Yang di-pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.

Majukan ekonomi negara

Mustapa yang juga bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) berkata, kerajaan perlu menggemble­ng usaha menyelaras tindakan bagi memajukan ekonomi negara.

Katanya, ia wajar dilakukan menerusi hubungan dagangan dan pelaburan dengan negara jiran, ASEAN, negara serantau serta kuasa besar seperti China dan AS.

“MITI dan Wisma Putra perlu menggemble­ng tenaga untuk bersedia terhadap kemungkina­n berlakunya peperangan dagangan dunia, ” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan memberi perhatian kepada sektor pembuatan yang berpotensi besar membuka pasaran kerja kepada rakyat.

“Bank Negara meramalkan kadar penganggur­an dalam kalangan belia adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kadar keseluruha­n,” katanya.

Mencelah perbahasan Mustapa, Datuk Hasan Arifin (BN-UMNO Rompin) mencadangk­an kerajaan mewujudkan jawatankua­sa bagi menghadapi peperangan perdaganga­n membabitka­n China dan AS.

“Ada kecenderun­gan perang perdaganga­n ini mewujudkan perang pertukaran mata wang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia