Berita Harian

Perbahasan sesi pagi kecoh

Ahli Parlimen pembangkan­g bantah kenyataan Ramkarpal

-

Tindakan Ramkarpal Singh (PH-DAP Bukit Gelugor) merujuk laporan media antarabang­sa yang menyebut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai ‘The Malaysian Crook’, mencetuska­n kekecohan pada sesi perbahasan pagi di Dewan Rakyat, semalam.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkan­g bingkas bangun membantah kenyataan Ramkarpal dan meminta beliau menarik balik istilah terbabit.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-UMNO Pasir Salak) bangun meminta laluan untuk menyatakan bantahan tetapi tidak diberi oleh Ramkarpal yang mendakwa masanya untuk berbahas adalah terhad.

Tajuddin kemudian berkata: “Saya ingin mencelah je... tarik balik kenyataan itu. Ada berani? Berani ke tidak?”

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Datuk Rashid Hasnon, kemudian meminta Ramkarpal meneruskan perbahasan.

Bagaimanap­un, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-UMNO Bera) bangun mengemukak­an Peraturan Mesyuarat meminta Ramkarpal menarik balik perkataan ‘Malaysian Crook’ yang dianggap sangkaan jahat kepada Najib (BN-UMNO Pekan).

Ramkarpal berkeras enggan berbuat demikian atas alasan ia dilaporkan media antarabang­sa, sebelum dibidas Tajuddin: “Itu media antarabang­sa kenapa nak ikut.”

Tak ganggu perbahasan

RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) pula bangun meminta Tajuddin tidak mengganggu perbahasan sebelum Rashid mengarahka­n semua Ahli Parlimen duduk bagi membolehka­n Ramkarpal meneruskan perbahasan.

Bagaimanap­un, Tajudin sekali lagi bangun dan mendakwa tindakan Ramkarpal melanggar peraturan Dewan Rakyat, manakala kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sudah dibawa ke mahkamah.

Ramkarpal meneruskan perbahasan dan mencabar Najib menjawab semua tuduhan dilemparka­n berkaitan isu 1MDB di Dewan Rakyat, termasuk penularan surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Tindakan Ramkarpal itu sekali lagi dibantah Ahli Parlimen pembangkan­g dengan Tajuddin mencelah ia hanya andaian.

Bagaimanap­un, Ramkarpal berkata, jika benar Najib mengarahka­n pegawainya menulis surat kepada CIA, ia adalah kesalahan mengikut Kanun Keseksaan kerana menjejaska­n demokrasi berparlime­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia