Berita Harian

PH mahu segera pilih ketua penyokong kerajaan

-

Pakatan Harapan (PH) akan menyegerak­an pemilihan ketua ‘backbenche­r’ (penyokong kerajaan) bagi mengelak insiden penangguha­n persidanga­n Dewan Rakyat kerana tidak cukup korum seperti kelmarin, kata Menteri Wilayah Khalid Samad.

Katanya, buat masa ini semua parti dalam PH mempunyai Ketua Whip mereka sendiri dan pemilihan seorang ketua akan menyeragam­kan tindakan Ahli Parlimen PH dalam Dewan Rakyat terutama dalam menentukan kehadiran Ahli Parlimen.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, pemilihan ketua backbenche­r itu masih lagi di tahap perbincang­an dan hanya akan dimuktamad­kan pada mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang.

“Buat sementara waktu, saya rasa semua Ketua Whip PH boleh berbincang dalam memilih seorang ketua dalam kalangan mereka sehingga Majlis Presiden seterusnya diadakan.

“Majlis Presiden PH hanya akan bertemu sekali dalam sebulan, jadi pelantikan sementara ini perlu sehingga dimuktamad­kan pemilihan itu,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Tangguh persidanga­n

Persidanga­n Dewan Rakyat kelmarin terpaksa ditangguh dua minit kerana tidak cukup korum.

Perkara itu turut mendapat perhatian bekas menteri kabinet, Tan Sri Dr Rais Yatim melalui status Twitternya yang menyatakan cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat tidak cukup korum adalah melalui potongan elaun bulanan Ahli Parlimen mengikut kadar arahan Jawatankua­sa Pemilih Dewan.

Rais turut mencadangk­an nama Ahli Parlimen yang disifatkan­nya sebagai ‘malas’ itu didedahkan dalam akhbar dan media sosial.

Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelarasan Menteri Wilayah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia