Berita Harian

Tawar koleksi barangan premium, alat tulis

200 peserta, 420 gerai serlah aliran terkini pasaran hadiah

- Oleh Syanty Octavia Amry cnews@nstp.com.my Kuala Lumpur

Pesta Hadiah Malaysia 2018 yang diadakan selama tiga hari berturuttu­rut bermula semalam hingga esok mengumpulk­an pengusaha barangan premium dan alat tulis dari luar negara seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan, Korea dan India.

Memasuki tahun ke-10 penganjura­nnya, pesta anjuran Malaysian Gifts & Premium Associatio­n (MGPA) itu kali ini menampilka­n tema Meraikan Sedekad Kegemilang­an Emas.

Lebih 200 penyertaan dan orang ramai dijemput hadir mendapatka­n koleksi barangan menarik daripada 420 gerai pameran yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tawar barangan berbeza, istimewa

Presiden MGPA, Ong Yeow Fooi, berkata tahun ini sedikit berlainan apabila barangan ditawarkan kepada pengunjung lebih banyak berbeza dan istimewa.

“Buat kali pertama tahun ini kita bekerjasam­a dengan penganjur dan peserta dari Majlis Pembanguna­n Perdaganga­n Hong Kong (HKTDC) serta Giftionery Taiwan.

“Untuk memberikan lebih rasa teruja kepada pengunjung, pelbagai aktiviti turut diadakan, termasuk Pertanding­an Reka Bentuk Ruang Pameran Terbaik dan Makan Malam Gala Networking Pempamer,” katanya selepas majlis pelancaran pesta itu, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Pesta Hadiah Malaysia ke-10 2018 turut mempamerka­n aliran terkini pasaran hadiah, premium dan alat tulis dengan memberikan satu platform idea inovasi.

Pada majlis itu, Kian Ming turut menerima sumbangan cek bernilai RM38,000 daripada MGPA untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).

Sementara itu, Kian Ming berkata, statistik eksport industri hadiah dan premium Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei lalu berjumlah RM2.5 bilion dan ini termasuk jam tangan berjenama, piuter dan barangan lain.

“Produk dan perkhidmat­an semua industri hadiah dan premium sedang berkembang pesat. Teknologi yang semakin canggih dan strategi penjenamaa­n serta pemasaran kekal kompetitif dalam pasaran global,” katanya.

Untuk memberikan lebih rasa teruja kepada pengunjung, pelbagai aktiviti turut diadakan, termasuk Pertanding­an Reka Bentuk Ruang Pameran Terbaik dan Makan Malam Gala Networking Pempamer”

Ong Yeow Fooi, Presiden MGPA

 ?? [FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] ?? Kian Ming (tengah) dan Yeow Fooi
(dua dari kiri) melawat gerai pameran pada perasmian Pesta Hadiah Malaysia 2018 di KLCC, semalam.
[FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] Kian Ming (tengah) dan Yeow Fooi (dua dari kiri) melawat gerai pameran pada perasmian Pesta Hadiah Malaysia 2018 di KLCC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia