Berita Harian

Jasa Catherine dikenang keluarga mangsa melecur

-

Miri: “Jasa Catherine akan kami kenang sampai bila-bila,” kata Afifah Azhari menerusi catatan di akaun Facebook (Fb)nya, semalam.

Afifah adalah kakak kepada Syuhadah Azhari, 27, seorang penghuni yang terbabit dalam kebakaran kuarters Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan di Mulu, di sini, semalam.

Tragedi itu mengorbank­an seorang guru, Catherine Janet Tiwi, 25, yang ditemui rentung akibat terperangk­ap ketika cuba menyelamat­kan rakan serumahnya, manakala Syuhadah pula melecur 20 peratus pada muka dan badan.

Menerusi catatannya di FB, Afifah mengakui tersentuh apabila dimaklumka­n Catherine terperangk­ap ketika cuba menyelamat­kan adiknya itu.

“Mendiang pada awalnya sudah selamat keluar, tetapi masuk semula untuk menyelamat­kan adik, mengakibat­kan dia yang terkorban,” katanya.

Afifah dalam catatan lanjut menjelaska­n Catherine adalah rakan serumah adiknya yang amat baik.

Sering cerita kebaikan

“Adik selalu sering bercerita kebaikan mendiang Catherine kepada saya,” katanya.

Afifah memaklumka­n adiknya itu sudah dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan, bagaimanap­un masih lemah dan trauma.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Nor Hisham Mohamad, dalam catatan di FB turut memberi kata semangat buat bapa mangsa, Tiwi Nios, 53, yang juga seorang anggota bomba.

“Berita pagi ini (semalam) pastinya tidak diundang sebagai seorang bapa, jauh sekali untuk dirai, apatah lagi jiwa dan hidup kita sebagai anggota bomba.

“Namun, kita terpaksa reda setiap yang berlaku adalah ketentuan-nya. Tidak dapat saya bayangkan rasa kehilangan yang diharungi saudara dan keluarga,” katanya.

 ??  ?? Catatan Afifah di laman Facebookny­a mengenai tragedi kebakaran kuarters SK Batu Bungan di Mulu, semalam.
Catatan Afifah di laman Facebookny­a mengenai tragedi kebakaran kuarters SK Batu Bungan di Mulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia