Berita Harian

Galak pos barang ke tanah air

Caj penghantar­an lebih murah berbanding kos bagasi melebihi had

-

Jemaah haji digalakkan menghantar barangan termasuk cenderamat­a dan air zamzam yang mereka beli di Tanah Suci ke tanah air melalui pos dan tidak membawanya sebagai bagasi ketika pulang.

Caj penghantar­an barangan ke Semenanjun­g Malaysia ialah 16 Riyal (SR) atau RM17.35 sekilogram untuk barangan biasa dan SR130 (RM140) bagi sebotol air zamzam seberat 10 liter.

Untuk penghantar­an ke Sabah dan Sarawak pula, caj dikenakan ialah SR20 (RM21.70) bagi barangan biasa dan SR150 (RM162.50) bagi sebotol air zamzam seberat 10 liter.

Pengurus Perkhidmat­an Luar Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1439H, Akmal Abdul Rahim, berkata empat syarikat yang dilantik bagi urusan penghantar­an secara pos ialah Pos Malaysia Berhad, Shah Cargo, Koperasi Tabung Haji Logistics dan Nationwide Express.

Beliau berkata, caj penghantar­an barangan secara pos lebih murah berbanding jemaah membawanya sebagai bagasi ketika pulang menaiki kapal terbang kerana kos dikenakan untuk bagasi melebihi had, jauh lebih mahal.

“Kita memang menggalakk­an jemaah haji pos barang (melalui khidmat syarikat penghantar­an). Jika mereka bawa barangan ketika menaiki kapal terbang, caj dikenakan lebih tinggi,” katanya ketika kepada wartawan Malaysia di sini.

Harga berpatutan

Mengulas rungutan sesetengah jemaah yang menyifatka­n kos dikenakan syarikat penghantar­an mahal, Akmal berkata, harga ditetapkan sebenarnya amat berpatutan dengan perkhidmat­an diberikan.

“Harga ditetapkan sudah dipersetuj­ui kedua-dua pihak (TH dan syarikat penghantar­an) ketika di Malaysia lagi kerana kita harus melihat kepada kos operasi mereka.

“Dengan menggunaka­n khidmat penghantar­an secara pos, jemaah tidak perlu membawa barangan, sebaliknya ia dihantar sehingga ke rumah masingmasi­ng,” katanya.

Akmal berkata, kontrak antara TH dengan empat syarikat penghantar­an itu memasuki tahun terakhir selepas dilanjutka­n setahun di bawah perjanjian 2+1 (dua tahun tambah satu).

Beliau berkata, kontrak dengan empat syarikat pengurusan penghantar­an itu mendapat lanjutan setahun pada tahun ini selepas TH berpuas hati dengan khidmat mereka selama dua tahun sebelumnya.

“TH amat berpuas hati dengan perkhidmat­an mereka sepanjang dua musim lalu. Justeru, kita mengambil keputusan memberi lanjutan setahun lagi,” katanya.

Beliau berkata, prestasi syarikat terbabit pada tahun ini akan dinilai semula sebelum diputuskan sama ada ditawarkan kontrak baharu bermula tahun depan atau sebaliknya.

Sementara itu, tinjauan di kaunter disediakan Pos Malaysia Berhad di pusat operasi TH di hotel Abraj Al-janadriyah di sini, mendapati kehadiran pelanggan masih rendah memandangk­an baru dua hari jemaah tiba di sini dari Madinah.

Menjadi kebiasaan jemaah yang masuk melalui Madinah sebelum ke Makkah, berbelanja lebih besar di Madinah dan menghantar barangan ke tanah air sebelum ke Makkah.

Seorang petugas Pos Malaysia Berhad memberitah­u, secara purata, pihaknya melakukan antara 200 hingga 300 penghantar­an pulang barangan jemaah ke tanah air setiap hari di Madinah.

 ??  ?? Akmal Abdul Rahim
Akmal Abdul Rahim
 ??  ??
 ??  ?? Jemaah haji beratur untuk menghantar barang ke tanah air di kaunter Pos Malaysia Berhad di pusat operasi TH di hotel Abraj Al-janadriyah, Makkah.
Jemaah haji beratur untuk menghantar barang ke tanah air di kaunter Pos Malaysia Berhad di pusat operasi TH di hotel Abraj Al-janadriyah, Makkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia