Berita Harian

Tawaran bantu Lazman berbakti, lancar ibadah ibu

-

Sepang: Menerima tawaran mengerjaka­n haji dan pada masa sama menemani ibu di Tanah Suci, dilihat peluang terbaik buat seorang anak untuk berbakti kepada ibu tersayang.

Bagi Lazman Mohd, 42, dari Kuala Berang, Hulu Terengganu, beliau akan menemani ibunya, Lijah Ismail, 69, di Tanah Suci berikutan ibunya itu sukar bergerak, selain terpaksa menggunaka­n kerusi roda.

“Perasaan gembira bercampur sedih kerana isteri tidak dapat turut serta biarpun sudah membuat rayuan kepada Tabung Haji (TH),” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji di sini, kelmarin.

Luka sukar sembuh

Katanya, ibunya mengalami penyakit luka pada kaki sejak 14 tahun lalu disebabkan terkena air panas ketika menyiapkan kuih untuk jualan di pasar Kuala Berang.

Berikutan insiden itu, katanya, ibunya mengalami luka yang sukar sembuh dan tidak dapat berdiri lama.

“Setiba di sana nanti, saya akan membantu segala urusan ibu termasuk menjalanka­n rukun haji supaya semuanya berjalan lancar.

Daftar haji hasil jualan kuih

“Saya akan menggunaka­n peluang yang ada di samping memperbany­akkan ibadat serta memohon keampunan daripada Allah,” katanya.

Sementara itu, Lijah berkata, beliau bersama arwah suami, Mohd Hamzah mendaftar haji pada 2008, hasil jualan kuih dan kerja kampung.

“Bagaimanap­un, arwah suami saya meninggal dunia tahun lalu ketika berusia 74 tahun tahun,” kata Lijah.

Katanya, beliau tidak menyangka menerima panggilan menunaikan haji tahun ini dan lebih manis, dapat pergi bersama anak lelakinya.

Setiba di sana nanti, saya akan membantu segala urusan ibu termasuk menjalanka­n rukun haji supaya berjalan lancar” Lazman Mohd, Jemaah haji

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia